GOMBAK, 16 APRIL: Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor memulakan siri Gagasan Rumpun Selangor (GRS) daerah Gombak selama tiga hari, bermula hari ini.
Memulakan aktiviti pertama, Tengku Amir Shah bersantap di di Restoran Asam Pedas London, Selayang bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari serta lebih 50 penduduk setempat.
Baginda kemudian menyantuni kakitangan awam selain mendengar taklimat gerak kerja serta rancangan pembangunan daerah Gombak di Kolej Komuniti Selayang.
Pada sebelah petang, Tengku Amir Shah berkenan menyertai aktiviti bersama masyarakat setempat di Taman Ekstrem Gua Damai, antaranya mengacau dodol dan melihat pelbagai hasil kraftangan tempatan.
Baginda diiringi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Shahman Jalaludin turut menunjukkan kebolehan dalam aktiviti sukan tali tinggi dengan menuruni Gua Damai setinggi 100 meter.
[caption id="attachment_697043" align="aligncenter" width="700"] Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (tengah) mencuba songkok di Reruai Made In Gombak pada Program Gagasan Rumpun Selangor daerah Gombak 2025 di Gua Damai, Batu Caves pada 16 April 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]
Sementara itu, peserta reruai, Yusris Udin Pakih, 66, berbesar hati dapat menyiapkan tempahan songkok istimewa buat Tengku Amir Shah, dengan pilihan warna bendera Selangor.
[caption id="attachment_697040" align="alignleft" width="353"] Yusris Udin Pakih. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]
“Sebagai tukang songkok selama 40 tahun, saya rasa sangat berbesar hati. Apabila dapat maklumat saiz kepala Baginda, terus saya buatkan istimewa. Saya buat sungguh-sungguh.
“Baginda kata 'ngam'. Saya buatkan sedikit tinggi iaitu 4 inci setengah, dengan warna merah kuning di dalam songkok. Ini pertama kali saya buat untuk Diraja Selangor,” katanya.
Sementara itu, peniaga daging dendeng, Fauziah Abdul Rani, 48, teruja bertemu Raja Muda Selangor selain menyifatkan Baginda sebagai pemimpin yang mesra dengan rakyat.
[caption id="attachment_697041" align="alignright" width="353"] Fauziah Abdul Rani. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]
“Ini pertama kali saya bertemu Tengku Amir Shah. Baginda ramah dan memuji hasil tangan saya. Saya juga berbesar hati dapat serahkan sendiri daging dendeng untuk dinikmati Baginda,” kata ibu lima anak ini.
Esok Tengku Amir Shah dijadual melawat Empangan Klang Gate dan Muzium Orang Asli, sebelum berangkat ke majlis penutup GRS di Gamuda Luge Gardens, Rawang.
GRS diperkenal bagi memperkukuh semangat perpaduan nasional dan sistem masyarakat di negeri ini.
Pelaksanaannya meliputi enam agenda utama iaitu karnival dan eksplorasi, dasar, lagu perpaduan serta penstrukturan dan pemerkasaan institusi kepimpinan kampung.
Sebelum ini, Amirudin ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2024 memperuntukan RM4.5 juta bagi menjayakan GRS di sembilan daerah.
[caption id="attachment_697048" align="aligncenter" width="700"] Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah melakukan aktiviti di Taman Ekstrem Gua Damai, Batu Caves sempena Program Gagasan Rumpun Selangor daerah Gombak pada 16 April 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_697035" align="aligncenter" width="700"] Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah melakukan aktiviti sukan tali tinggi di Taman Ekstrem Gua Damai, Batu Caves sempena Program Gagasan Rumpun Selangor daerah Gombak pada 16 April 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_697034" align="aligncenter" width="700"] Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (tengah) mencuba songkok di Reruai Made In Gombak pada Program Gagasan Rumpun Selangor daerah Gombak di Gua Damai, Batu Caves pada 16 April 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_697038" align="aligncenter" width="700"] Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (tengah) melawat ke Reruai Made In Gombak pada Program Gagasan Rumpun Selangor daerah Gombak di Gua Damai, Batu Caves pada 16 April 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_697036" align="aligncenter" width="700"] Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah ceria menandatangani potret baginda ketika melawat ke Reruai Made In Gombak sempena Program Gagasan Rumpun Selangor daerah Gombak di Gua Damai, Batu Caves pada 16 April 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_697037" align="aligncenter" width="700"] Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (tengah) bersalaman dengan orang ramai pada Program Gagasan Rumpun Selangor daerah Gombak di Gua Damai, Batu Caves pada 16 April 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_697039" align="aligncenter" width="700"] Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (tengah) melawat Reruai Made In Gombak pada Program Gagasan Rumpun Selangor daerah Gombak di Gua Damai, Batu Caves pada 16 April 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]