ad
AGENDA

Mayat bayi dalam kotak ditemui di tepi gerai

16 Apr 2025, 12:49 AM
Mayat bayi dalam kotak ditemui di tepi gerai

LAHAD DATU, 16 APRIL: Mayat bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam kotak di sebuah gerai tidak bernombor di Batu 13, Jalan Jeroco, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata pihaknya sedang mengesan suspek kes pembuangan mayat bayi berkenaan.

"Bayi lelaki yang cukup sifat ketika ditemui dipercayai sudah meninggal dunia.

"Mayat bayi itu kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dzulbaharin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang mayat yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, lapor Berita Harian.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan pegawai penyiasat di talian 089-881255," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.