ad
AGENDA

Presiden China harap lawatan ke Malaysia buka lembaran baharu, permulaan era '50 tahun emas'

15 Apr 2025, 1:11 PM
Presiden China harap lawatan ke Malaysia buka lembaran baharu, permulaan era '50 tahun emas'

KUALA LUMPUR, 15 APRIL: Presiden China Xi Jinping pada Selasa menyatakan harapan agar, dengan usaha bersama China dan Malaysia, lawatan negaranya ke Malaysia akan membuahkan hasil yang memberangsangkan serta membawa kepada permulaan era “50 Tahun Emas” baharu dalam hubungan dua hala, lapor Xinhua.

Dalam kenyataan bertulis sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Xi berkata beliau berharap lawatan ini akan membuka lembaran baharu dalam sejarah hubungan bertemakan kejiranan mesra dan saling menguntungkan antara kedua-dua negara.

-- BERNAMA-XINHUA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.