ad
EXCO

EXCO sifatkan Pak Lah prihatin terhadap kaum India

15 Apr 2025, 12:09 PM
EXCO sifatkan Pak Lah prihatin terhadap kaum India

SHAH ALAM, 15 APRIL: EXCO sumber manusia dan pembasmian kemiskinan merakam ucapan takziah atas pemergian mantan Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi.

V Papparaidu menyifatkan pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada negara dan seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan latar belakang.

"Tun Abdullah dikenang sebagai pemimpin berjiwa rakyat yang sentiasa menekankan nilai kesederhanaan, perpaduan dan keharmonian antara kaum.

"Sepanjang tempoh pentadbirannya, masyarakat India di Malaysia menerima pelbagai manfaat hasil dasar yang inklusif dan berorientasikan kebajikan," katanya menerusi kenyataan.

Papparaidu berkata jasa Allahyarham kepada masyarakat India bukan sahaja bersifat dasar tetapi prihatin dalam semua aspek termasuk pendidikan, ekonomi dan budaya.

"Beliau akan terus dikenang, sumbangannya kepada masyarakat India di Malaysia akan terpahat dalam sejarah sebagai bukti kepimpinan yang prihatin, inklusif dan berpandangan jauh," katanya.

Berikut jasa Abdullah kepada masyarakat India:

1. Peruntukan khas kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Ketika di bawah pentadbiran Allahyarham kerajaan mula memberi perhatian serius terhadap sekolah Tamil yang sebelum itu beroperasi dalam keadaan daif.

2. Mewujudkan ruang dialog dan kerjasama lebih erat dengan parti politik, NGO India termasuk melibatkan komuniti India dalam pelbagai jawatankuasa peringkat kebangsaan

3. Pembangunan Sosioekonomi dan keusahawanan untuk masyarakat India

4. Belia India diberi peluang menyertai pelbagai kursus teknikal seperti automotif, pertukangan dan kejuruteraan ringan di GiatMARA, Institut Kemahiran Belia Negara

5. Pengiktirafan perayaan dan budaya India seperti menyalur peruntukan kepada kuil dan komuniti yang sah.

6. Pendekatan kepimpinan berteraskan perpaduan meski pun mengamalkan konsep Islam Hadhari

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.