ad
AGENDA

JPN nafi bantuan wang tunai dikredit dalam MyKad

15 Apr 2025, 6:21 AM
JPN nafi bantuan wang tunai dikredit dalam MyKad

PUTRAJAYA, 15 APRIL: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan satu pautan tular di media sosial yang mendakwa bantuan tunai berjumlah RM300 dikreditkan ke dalam MyKad.

JPN dalam hantaran di media sosial hari ini memaklumkan bahawa maklumat itu adalah palsu dan jabatan tersebut tidak pernah mengeluarkan sebarang bentuk bantuan wang tunai.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan hantaran tular di media sosial dan tidak menekan sebarang pautan yang meragukan," menurut JPN melalui hantaran di laman Facebook serta X rasminya.

JPN menasihati orang ramai untuk hanya mendapatkan maklumat sahih berkenaan bantuan kewangan kerajaan melalui portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.

-- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.