ad
AGENDA

Pejalan kaki maut dilanggar kereta dipandu warga emas

14 Apr 2025, 3:47 PM
Pejalan kaki maut dilanggar kereta dipandu warga emas

SHAH ALAM, 14 APRIL: Pejalan kaki dipercayai gelandangan maut dalam kemalangan di Persiaran Jubli Perak berhampiran Hentian Bas Seksyen 19, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata dalam insiden 5.40 pagi itu, wanita warga tempatan berkenaan dilanggar kereta dipandu warga emas yang dalam perjalanan untuk menunaikan solat Subuh di Masjid Taman Sri Muda di sini.

“Mangsa berusia 52 tahun itu disahkan maut di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Shah Alam untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Iqbal berkata saksi yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam Inspektor Muhammad Najib Abdul Rahman di talian 019-7757354 untuk membantu siasatan.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.