ad
EXCO

Mangsa Putra Heights boleh tinggal bawah skim Smart Sewa hingga lima tahun

14 Apr 2025, 10:36 AM
Mangsa Putra Heights boleh tinggal bawah skim Smart Sewa hingga lima tahun
Mangsa Putra Heights boleh tinggal bawah skim Smart Sewa hingga lima tahun

SUBANG JAYA, 14 APRIL: Mangsa kebakaran gas di Putra Heights boleh melanjutkan tempoh sewaan sehingga lima tahun menerusi skim Smart Sewa, kata EXCO perumahan.

Datuk Borhan Aman Shah berkata penyewa di Pangsapuri Seri Suria, Kota Warisan, Sepang itu juga layak ditawarkan unit rumah Selangorku jika berminat.

“Selepas tempoh enam bulan, skim Smart Sewa boleh dilanjutkan sehingga lima tahun dan mereka juga layak untuk kita tawarkan unit rumah Selangorku.

“Untuk mangsa Putra Heights, kita tawarkan kadar sewaan RM850 sebulan dengan rumah berkeluasan 1,010 kaki persegi yang turut dilengkapi kipas, lampu dan kekisi pintu (grill),” katanya pada sidang media.

Terdahulu, beliau menyampaikan taklimat ringkas kepada mangsa terjejas pada program Selangor Prihatin Putra Heights di perkarangan Masjid Putra Heights di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Borhan menjelaskan Kerajaan Negeri menawarkan kediaman sementara kepada mangsa terjejas di Sepang berikutan hanya unit tersebut yang tersedia.

“Kita tawarkan rumah di Sepang kerana kita hanya ada rumah di situ sahaja. Kalau Kerajaan Negeri ada rumah di sekitar Putra Heights dan berdekatan, sudah tentu kita pilih,” katanya.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan Kerajaan Negeri menawarkan 100 unit rumah Smart Sewa di Sepang yang sebahagiannya dibiayai Kerajaan Selangor.

Selain itu, keluarga yang terjejas juga akan diberi bantuan sewaan untuk tempoh enam bulan dengan kadar RM2,000 sebulan bagi setiap rumah.

[caption id="attachment_696688" align="aligncenter" width="1267"] Mangsa melihat pelan lokasi rumah Sarenia City 2 sebelum taklimat Tawaran Rumah Sementara (Rumah Selangorku) kepada mangsa kebakaran paip gas Putra Heights di PPS Masjid Putra Heights, Subang Jaya pada 14 April 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.