SHAH ALAM, 13 APRIL: Operasi pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights yang dibuka bagi menempatkan mangsa insiden Kebakaran saluran paip gas: PPS Dewan Masjid Putra Heights ditutup sepenuhnya 2.30 petang tadi.
Manakala Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyumbang sebanyak 620 telefon bimbit diagih kepada setiap keluarga yang terkesan selain serahan 302 komputer riba, dengan 265 unit kepada sekolah serta 37 mahasiswa.
Berikut antara rangkuman laporan berita pada Ahad:
1. Pembersihan mega masuki hari kedua
Operasi pembersihan menerusi Ops Mega pascakebakaran saluran gas di Putra Heights dan Kampung Kuala Sungai Baru, Subang Jaya diteruskan hari ini melibatkan tiga sektor utama iaitu A, B dan C. https://selangorkini.my/2025/04/tragedi-putra-heights-pembersihan-mega-masuki-hari-kedua/
2. Didik dari kecil, ibu tunggal tanam semangat sukarelawan pada anak
Jurutera bebas Farhana Zahran mengambil pendekatan mendedahkan dan mendidik anak tunggalnya Muhammad Hud Muhamad Nur Fitry, 13, dengan aktiviti sukarelawan sejak tiga tahun lalu dan semalam menjalankan tugas di PPS di Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights.
https://selangorkini.my/2025/04/didik-dari-kecil-ibu-tunggal-tanam-semangat-sukarelawan-pada-anak/
3. Bagai dilanda gempa bumi, sukarelawan imbau tragedi letupan gas
Mohd Faiz Matjisil mengakui terkejut dengan keadaan rumah di sekitar kawasan tersebut, terutama kediaman berdekatan laluan paip berkenaan. https://selangorkini.my/2025/04/bagai-dilanda-gempa-bumi-sukarelawan-imbau-tragedi-letupan-gas-putra-heights/
4. Tahap kesihatan mangsa di ICU makin baik
Tahap kesihatan seorang mangsa kebakaran saluran paip gas yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital swasta semakin baik.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata berdasarkan pemantauan petugas perubatan, lelaki berusia 21 tahun yang masih bergantung kepada alat bantuan pernafasan itu menunjukkan perkembangan baik. https://selangorkini.my/2025/04/letupan-gas-tahap-kesihatan-mangsa-di-icu-makin-baik/
5. Jabatan Pendidikan jalankan sesi belajar di PPS
Sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dijalankan di pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan mangsa insiden letupan saluran gas bagi memastikan pelajar terjejas tidak tercicir.
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor memaklumkan sesi di PPS Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights dan Dewan Camelia itu dilaksana pada 2 hingga 4 April serta 7 hingga 11 April melibatkan 21 petugas. https://selangorkini.my/2025/04/jabatan-pendidikan-jalankan-sesi-belajar-di-pps-putra-heights/
6. SKMM sumbang 620 telefon bimbit, 302 komputer riba kepada mangsa kebakaran
Sebanyak 620 telefon bimbit diagih kepada setiap keluarga yang terkesan insiden letupan saluran gas oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) selain serahan 302 komputer riba, dengan 265 unit kepada sekolah serta 37 mahasiswa.
7. Keperluan mangsa diutamakan, pastikan tiada tercicir
Wakil rakyat Kota Kemuning S Preakas mengadakan sesi townhall dengan mangsa kebakaran saluran paip gas, antara isu dibangkit termasuk penduduk di Taman Putra Harmoni meminta maklumat jelas dan terperinci berhubung pemulihan bencana dan proses pembinaan semula rumah mereka yang musnah selain bantuan awal yang layak diterima. https://selangorkini.my/2025/04/kebakaran-paip-gais-keperluan-mangsa-diutamakan-pastikan-tiada-tercicir/
8. PPS Dewan Masjid Putra Heights ditutup hari ini
Operasi pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights yang dibuka bagi menempatkan mangsa insiden Kebakaran saluran paip gas, PPS Dewan Masjid Putra Heights ditutup hari ini di Putra Heights ditutup sepenuhnya 2.30 petang tadi. https://selangorkini.my/2025/04/kebakaran-saluran-paip-gas-pps-dewan-masjid-putra-heights-ditutup-hari-ini/
9. Sukarelawan terharu dapat bantu mangsa, rasai pengalaman baru
Seorang Sukarelawan Selangor (SERVE) terharu dapat menabur bakti membantu membersih lokaliti terjejas akibat letupan saluran gas. Pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten) Aina Shahirah Roslee, 20, berkata ini merupakan kali pertama beliau terlibat dengan kerja pembersihan di kawasan ditimpa musibah. https://selangorkini.my/2025/04/sukarelawan-terharu-dapat-bantu-mangsa-rasai-pengalaman-baru/