ad
AGENDA

Mangsa kebakaran boleh hadir mana-mana pejabat JPJ ganti dokumen

13 Apr 2025, 11:35 AM
Mangsa kebakaran boleh hadir mana-mana pejabat JPJ ganti dokumen

KOTA BHARU, 13 APRIL: Mangsa insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya, 1 April lepas boleh hadir ke mana-mana pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi urusan penggantian dokumen berkaitan tanpa dikenakan sebarang bayaran.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata sepanjang operasi Kaunter Bergerak JPJ Mobile di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Masjid Putra Heights dari 3 hingga 6 April lepas, sebanyak 221 dokumen milik mangsa telah diproses.

Beliau berkata bagi mangsa yang belum berbuat demikian, mereka boleh hadir ke mana-mana kaunter JPJ dengan membawa maklumat seperti nombor kad pengenalan dan alamat rumah untuk tujuan pengesahan tanpa perlu membuat laporan polis.

“JPJ tidak mengenakan sebarang bayaran bagi penggantian dokumen ini sebagai sebahagian daripada inisiatif kebajikan kami,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Jalinan Muafakat Aidilfitri JPJ Kelantan di sini hari ini.

Aedy Fadly berkata antara dokumen yang boleh diganti secara percuma ialah Sijil Pemilikan Kenderaan, Lesen Kenderaan Motor, Lesen Memandu Malaysia dan Lesen Vokasional.

“Inisiatif ini bertujuan meringankan beban mangsa yang kehilangan dokumen kenderaan dalam insiden itu,” katanya.

-- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.