SHAH ALAM, 13 APRIL: Sebanyak 620 telefon bimbit diagih kepada setiap keluarga yang terkesan insiden letupan saluran gas Petronas di Putra Heights 1 April lalu.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata selain sumbangan berkenaan, pihaknya turut menyerahkan 302 komputer riba, dengan 265 unit kepada sekolah serta 37 mahasiswa.
“Pemberian peranti ini bagi membantu memudahkan urusan pembelajaran dan komunikasi mangsa.
“Pemberian kemudahan ini akan disampaikan secara berperingkat dalam tempoh terdekat,” katanya menerusi kenyataan.
Pada Jumaat, Dato’ Menteri Besar menyerahkan sebahagian komputer riba berkenaan pada majlis berlangsung di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Putra Heights.
Dalam majlis sama, Dato’ Seri Amirudin Shari turut menyerahkan sumbangan RM500 kepada 265 pelajar selain baucar buku bernilai RM200 buat 37 mahasiswa yang terjejas insiden tersebut.