ad
AGENDA

4,600 sukarelawan turun padang bersihkan Putra Heights, Kampung Kuala Sungai Baru

12 Apr 2025, 12:44 PM
4,600 sukarelawan turun padang bersihkan Putra Heights, Kampung Kuala Sungai Baru
4,600 sukarelawan turun padang bersihkan Putra Heights, Kampung Kuala Sungai Baru

SHAH ALAM, 12 APRIL: Seramai 4,600 kakitangan Kerajaan Negeri dan sukarelawan pelbagai agensi menyertai gotong-royong pembersihan di Putra Heights dan Kampung Kuala Sungai Baru.

Ops Mega Pembersihan itu berlangsung dua hari dan dijangka selesai esok. Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sukarelawan di Kuala Sungai Baru akan digandakan memandangkan jumlah sampah lebih banyak selain kawasannya lebih sukar.

Berikut antara rangkuman laporan berita pada Sabtu:

1) 4,600 sukarelawan pelbagai agensi bersihkan kawasan kebakaran

Prihatin nasib menimpa mangsa tragedi kebakaran paip gas, seramai 4,600 kakitangan Kerajaan Negeri dan sukarelawan pelbagai agensi turun padang menyertai gotong-royong pembersihan kawasan terjejas.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Ops Mega Pembersihan di Putra Heights dan Kampung Kuala Sungai Baru berlangsung selama dua hari dan dijangka selesai esok.https://selangorkini.my/2025/04/kebakaran-gas-420-kenderaan-rosak-bekalan-elektrik-dijangka-pulih-jumaat/

2) Negeri tumpu baik pulih, selesai urusan sewa rumah mangsa kebakaran

Kerajaan Negeri memberi tumpuan pada kerja baik pulih kediaman dan menyelesai urusan sewaan rumah mangsa terjejas kebakaran paip gas di Putra Heights.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata setakat ini 307 rumah dibenarkan untuk diduduki semula dan menjangkakan angkanya bertambah setelah selesai kerja pembersihan yang bermula hari ini.https://selangorkini.my/2025/04/negeri-tumpu-baik-pulih-selesai-urusan-sewa-rumah-mangsa-kebakaran/

3) Operasi bersih Kampung Kuala Sungai Baru ringan beban mangsa kebakaran

Suasana suram di Kampung Kuala Sungai Baru bertukar sedikit ceria apabila lebih 1,000 sukarelawan turun padang membantu kerja-kerja pembersihan pasca insiden letupan saluran gas Petronas pada 1 April lalu.

Disertai pelbagai agensi termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT), bomba dan tentera, Ops Mega Pembersihan ini bertujuan meringankan beban mangsa yang kehilangan tempat tinggal serta harta benda.

Operasi pembersihan bermula 8.30 pagi itu dimulakan dengan pengagihan tugas seperti menebang pokok, membersihkan longkang dan membuang barangan rosak di sekitar kediaman.https://selangorkini.my/2025/04/operasi-bersih-kampung-kuala-sungai-baru-ringan-beban-mangsa-kebakaran/

4) Minat aktiviti sukarelawan, pelajar UKM bantu bersihkan Kawasan bencana

Minat mendalam dalam aktiviti kesukarelawan mendorong pelajar tahun empat dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkhidmat secara percuma tanpa mengharapkan bayaran.

Muhammad Zulhilmy Muhammad Azhar, 23, yang juga penuntut Ijazah Sarjana Muda Sains Genetik berkata beliau memulakan usaha murni itu sejak tahun pertama di UKM selepas didorong rakannya. https://selangorkini.my/2025/04/tidak-mampu-hulur-kewangan-pelajar-ukm-sumbang-tenaga-di-pps/

5) Penduduk nekad bangkit, mulakan semula hidup

Biarpun hilang tempat tinggal, penduduk tetap tabah serta berusaha memulakan semula kehidupan.

Suri rumah Salbiyah Ariffin, 63, berkata dia dan suaminya nekad untuk membaiki kerosakan yang dialami, kerana menyifatkan kediaman mereka sebagai mahligai yang sangat berharga. https://selangorkini.my/2025/04/kebakaran-putra-heights-penduduk-nekad-pulih-hidup-rumah/

6) 85 pelajar IPT terjejas

Sebanyak 85 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta dikenal pasti terjejas dalam insiden kebakaran saluran gas Putra Heights, Subang Jaya, Selangor, 1 April lepas.

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Datuk Prof Dr Azlinda Azman berkata kebanyakan mereka telah kembali ke universiti dan kampus masing-masing, dengan 34 daripadanya mengikuti kelas secara dalam talian. https://selangorkini.my/2025/04/kebakaran-saluran-gas-85-pelajar-ipt-terjejas-34-ikuti-kelas-secara-dalam-talian/

7)179 saksi telah dirakam keterangan

Sebanyak 179 saksi telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan insiden kebakaran saluran gas Putra Heights, Subang Jaya setakat ini, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 138 ialah mangsa insiden, diikuti pemaju dan kontraktor (10), Petronas (4), polis (8), Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) (2) dan lain-lain (14) https://selangorkini.my/2025/04/kebakaran-saluran-gas-179-saksi-dirakam-keterangan-769-laporan-polis-diterima/

[caption id="attachment_696366" align="aligncenter" width="1129"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) bergambar bersama sukarelawan pada program Ops Mega Pembersihan Putra Heights di Arena Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ pada 12 April 2025. Foto BERNAMA[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.