ad
AGENDA

Tidak mampu hulur kewangan, pelajar UKM sumbang tenaga di PPS

12 Apr 2025, 12:06 PM
Tidak mampu hulur kewangan, pelajar UKM sumbang tenaga di PPS
Tidak mampu hulur kewangan, pelajar UKM sumbang tenaga di PPS
Tidak mampu hulur kewangan, pelajar UKM sumbang tenaga di PPS

SUBANG JAYA, 12 APRIL: Minat mendalam dalam aktiviti kesukarelawan mendorong pelajar tahun empat dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkhidmat secara percuma tanpa mengharapkan bayaran.

Muhammad Zulhilmy Muhammad Azhar, 23, yang juga penuntut Ijazah Sarjana Muda Sains Genetik berkata beliau memulakan usaha murni itu sejak tahun pertama di UKM selepas didorong rakannya.

“Walaupun masa belajar agak padat, saya dan beberapa rakan yang lain akan cuba turut serta dalam misi bantuan… saya fikir nak bagi bantuan sumber kewangan agak kurang mampu kerana masih belajar.

[caption id="attachment_696404" align="alignleft" width="353"] Muhammad Zulhilmy Muhammad Azhar[/caption]

“Oleh itu, saya berpendapat untuk menyertai mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) sebagai sukarelawan sama ada membantu daripada aspek kerja pembersihan seperti hari ini atau projek pembangunan komuniti,” katanya.

Ditemui ketika bertugas di pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Putra Heights, anak kelahiran Perak itu mengakui aktiviti kesukarelawan mampu membuka mata belia untuk membantu golongan tidak berkemampuan.

Muhammad Zulhilmy juga berkata rata-rata mangsa insiden kebakaran saluran paip gas yang tinggal di PPS berkenaan amat menitik berat kebersihan, menjadikan tugasnya lebih mudah.

Sementara itu, eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) berkata seramai 20 sukarelawan diturunkan bagi kerja pembersihan PPS itu, hari ini.

[caption id="attachment_696405" align="alignright" width="348"] Nurul Husna Khalid[/caption]

Nurul Husna Khalid, 25, berkata pihaknya mengambil inisiatif mengumpulkan sukarelawan selepas dimaklum tiada kru pembersihan pada hari ini dan PPS ini juga mungkin bakal ditutup esok.

Jelasnya, rata-rata sukarelawan memberi kerjasama yang cukup bagus malahan kesedaran masyarakat tanpa kira usia untuk membuat aktiviti kesukarelawan juga semakin meningkat.

“Cuma kita kurang terima penyertaan daripada kaum lelaki sebagai sukarelawan, majoriti merupakan kaum wanita. Saya menyeru masyarakat terutama lelaki untuk sertai MyCARE dalam aktiviti kesukarelawan.

“Apabila kita berada dalam cabang ini tambah pula dengan minat mendalam, kita tidak akan pernah ada masa untuk rehat sebab setiap hari kita rasa mahu membantu golongan kurang berkemampuan,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.