KLANG, 12 APRIL: Orang ramai diminta bersedia dan peka dengan keadaan sekeliling susulan fenomena air pasang besar yang dijangka melanda kawasan Pelabuhan Klang bermula hari ini hingga 18 April.
Pejabat Daerah Dan Tanah Klang di Facebook memaklumkan berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia dan Pusat Hidrografi Nasional paras air laut tertinggi dijangka mencecah 5.1 meter pada 13 dan 14 April.
Berikut jadual paras air dan cuaca:
Sekiranya berlaku kecemasan, orang ramai boleh menghubungi talian Kecemasan Negara: 999 atau Pusat Operasi Bencana (DDOC) Klang: 03-3382 9292 / 016-258 4350