ad
AGENDA

Lima minit keluarkan jari ibu, anak tersepit rantai basikal

12 Apr 2025, 6:26 AM
Lima minit keluarkan jari ibu, anak tersepit rantai basikal

JASIN, 12 APRIL: Pasukan bomba terpaksa dipanggil untuk memberikan bantuan bagi melepaskan jari seorang wanita bersama anaknya berumur enam tahun, yang tersepit rantai basikal di Taman Merlimau Permai di sini hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau Pegawai Bomba Kanan II Mohd Sufian Abu Bakar berkata pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu pada 9.39 pagi tadi.

“Jari telunjuk kedua-dua mereka berjaya dikeluarkan dalam tempoh lima minit dan wanita berumur 32 tahun bersama anaknya itu kemudian dihantar ke klinik berhampiran untuk menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya dimaklumkan bahawa kejadian itu berlaku disebabkan keterujaan kanak-kanak tersebut melihat basikal baharu yang dibelikan ayahnya.

“Ibunya cuba untuk membantu anaknya melepaskan jari tersebut daripada rantai basikal, namun jarinya pula tersepit,” katanya.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.