ad
AGENDA

4,600 sukarelawan bersih Putra Heights, Kampung Kuala Sungai Baru

12 Apr 2025, 5:01 AM
4,600 sukarelawan bersih Putra Heights, Kampung Kuala Sungai Baru
4,600 sukarelawan bersih Putra Heights, Kampung Kuala Sungai Baru
4,600 sukarelawan bersih Putra Heights, Kampung Kuala Sungai Baru

Oleh Dewi Abdul Rahman

SUBANG JAYA, 12 APRIL: Prihatin nasib menimpa mangsa tragedi kebakaran paip gas, seramai 4,600 sukarelawan terdiri daripada kakitangan Kerajaan Negeri dan pelbagai agensi turun padang menyertai gotong-royong pembersihan kawasan terjejas.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata Ops Mega Pembersihan di Putra Heights dan Kampung Kuala Sungai Baru berlangsung selama dua hari dan dijangka selesai esok.

"Dengan keupayaan dan kekuatan sepuluh kali ganda daripada semua pasukan, kita akan cuba selesaikan hari ini dan esok.

"Dalam tempoh seminggu ini hampir 80 hingga 90 peratus pembersihan di Putra Heights berjaya diselesaikan KDEB Waste Management (KDEBWM)," katanya pada perasmian program di Arena Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di sini, hari ini.

[caption id="attachment_696339" align="alignnone" width="878"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bercakap kepada media selepas majlis perasmian Ops Mega Pembersihan di Arena Majlis Bandaraya Subang Jaya MBSJ, Subang Jaya pada 12 April 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Tambah beliau, sukarelawan di Kuala Sungai Baru akan digandakan memandangkan jumlah sampah lebih banyak selain kawasannya yang lebih sukar.

"Kerja pembersihan di kawasan Putra Heights sebenarnya telah bermula awal sedikit dan sekarang ni sebahagian besar fokus kita adalah pembersihan di Kampung Kuala Sungai Baru kerana baru sahaja dibenarkan pihak polis untuk memasuki kawasan itu pertengahan minggu ini.

"Saya berharap operasi dua hari ini mampu selesaikan isu pembersihan di kawasan awam dan juga bantu meringankan beban pemilik rumah yang sudah mula memasuki rumah mulai pertengahan minggu ini ataupun awal minggu ini," katanya.

[caption id="attachment_696338" align="alignnone" width="800"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melepaskan kenderaan dan jentera ketika perasmian Ops Mega Pembersihan di Arena Majlis Bandaraya Subang Jaya MBSJ, Subang Jaya pada 12 April 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Amirudin turut menzahirkan penghargaan kepada semua sukarelawan terlibat yang menunjukkan semangat kebersamaan tinggi terutama dalam kalangan anak muda.

"Ini adalah contoh kebertanggungjawaban dan kebersamaan tinggi ditampilkan anak muda negeri ini walaupun mereka boleh memilih untuk berehat bersama keluarga.

Ops Mega Pembersihan disertai 12 pihak berkuasa tempatan, polis, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, KDEBWM dan Selangor Volunteer (Serve) seliaan Majlis Sukan Negeri (MSN).

Insiden kebakaran saluran paip gas Petronas pada 8.10 pagi pada 1 April menyebabkan api marak setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius dan memakan masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.

Kebakaran turut menyebabkan terbentuknya kawah berkedalaman 9.8 meter dengan keluasan kira-kira 21X24 meter di lokasi kejadian.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.