ad
AGENDA

Pusat penamaan calon PRK DUN Ayer Kuning dibuka 9 pagi

12 Apr 2025, 1:13 AM
Pusat penamaan calon PRK DUN Ayer Kuning dibuka 9 pagi

TAPAH, 12 APRIL: Pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Dewan Merdeka di sini dibuka, 9 pagi ini.

Proses penamaan calon berlangsung selama satu jam hingga 10 pagi, sebelum Pegawai Pengurus Pilihan Raya Ahmad Redhauddin Ahmad Shokori mengumumkan calon yang layak bertanding.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian penyandangnya, Ishsam Shahruddin, 58, akibat serangan jantung selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 22 Februari lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK itu pada 26 April, manakala pengundian awal dijadualkan 22 April.

Tempoh berkempen ditetapkan 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon sehingga 11.59 malam, 25 April.

Kerusi DUN Ayer Kuning mempunyai 31,897 pengundi berdaftar, terdiri daripada 31,315 pengundi biasa dan 582 anggota polis serta pasangan mereka.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Ishsam yang mewakili Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 2,213 undi dalam pertandingan lima penjuru.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.