ad
AGENDA

Banjir kilat Shah Alam: Polis kawal trafik, beberapa laluan dinaiki air

11 Apr 2025, 4:18 AM
Banjir kilat Shah Alam: Polis kawal trafik, beberapa laluan dinaiki air

SHAH ALAM, 11 APRIL: Hujan lebat sejak malam tadi menyebabkan beberapa kawasan di Shah Alam termasuk jalan utama di hadapan gudang HL, Seksyen 23, Sri Muda dilanda banjir kilat.

Tinjauan Media Selangor mendapati hanya kenderaan berat sahaja yang mampu meredah laluan berkenaan, manakala kenderaan ringan terpaksa berpatah balik.

Ketua Polis Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata pemantauan bermula 7 pagi mendapati banjir di Shah Alam serta kawasan terlibat setakat ini terkawal berikutan air mulai surut.

"Pemantauan trafik di kawasan yang dinaiki air seperti Taman Sri Muda, Persiaran Budiman, ⁠Persiaran Jubli Perak, Persiaran Perusahaan, Seksyen 23, Jalan Mat Raji serta Padang Jawa.

"Pemantauan turut dilakukan di Jalan Mantap, Seksyen 25/129, Lebuhraya Persekutuan (KM15.3 Lorong Motorsikal) serta kawasan sekitar Seksyen 19," katanya kepada Bernama.

Mohd Iqbal juga memaklumkan lorong motosikal di KM 15.3 (Lebuhraya Persekutuan) ditutup sepenuhnya buat masa ini.

"Pemantauan dan perkembangan lanjut akan dibuat dari semasa ke semasa,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.