ad
BERITA UTAMA

Paras air dua lokasi meningkat, MBSJ keluarkan amaran tahap dua

11 Apr 2025, 12:33 AM
Paras air dua lokasi meningkat, MBSJ keluarkan amaran tahap dua
Paras air dua lokasi meningkat, MBSJ keluarkan amaran tahap dua
Paras air dua lokasi meningkat, MBSJ keluarkan amaran tahap dua

SHAH ALAM, 11 APRIL: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) mengeluarkan amaran tahap dua selepas paras air di dua lokasi menunjukkan peningkatan awal pagi ini.

Menurut unit pengurusan bencana MBSJ, amaran dikeluarkan menerusi Sistem Amaran Paras Air di Stesen 3, Kampung Tengah dan Stesen 4, Kampung Bukit Lanchong bermula jam 5.52 pagi.

Berikutan itu, penduduk di kawasan berdekatan dinasihatkan berjaga-jaga dan bersedia untuk berpindah sekiranya menerima arahan daripada pihak berkuasa.

"Pengguna jalan raya yang akan melalui jalan tersebut supaya merancang dan mencari laluan alternatif bagi mengelak kawasan tersebut," kata MBSJ di Facebook.

Orang awam disaran mendapatkan maklumat terkini melalui portal rasmi publicinfobanjir.water.gov.my dan saluran rasmi MBSJ.

Sementara itu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengingatkan penduduk supaya terus berjaga-jaga dan memantau paras air di kawasan kediaman masing-masing berikutan hujan lebat berterusan sejak awal pagi.

Pihak berkuasa menasihatkan agar semua penduduk mematuhi arahan sekiranya diarahkan berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) yang telah disediakan bagi mengelakkan sebarang risiko keselamatan.

Sebarang kecemasan atau bantuan segera akibat banjir boleh disalurkan melalui Pasukan PANTAS Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di talian 03-55105811.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.