ad
AGENSI

Ikan seekor 50 sen antara promosi pusat lelongan Agro Selangor esok

10 Apr 2025, 11:30 AM
Ikan seekor 50 sen antara promosi pusat lelongan Agro Selangor esok
Ikan seekor 50 sen antara promosi pusat lelongan Agro Selangor esok

SHAH ALAM, 10 APRIL: Ikan pelaling 50 sen seekor dan telur ayam gred B satu papan RM7.90 antara promosi pusat lelongan Agro Selangor, di Sijangkang esok.

Koperasi Hijrah Selangor menerusi Facebook memaklumkan promosi itu sempena pembukaan semula pusat lelongan bermula jam 6.30 pagi hingga 10 malam.

"Kami dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Pusat Lelongan Agro Selangor akan kembali beroperasi pada waktu baharu dengan pelbagai promosi hebat ditawarkan.

"Jualan diadakan pada dua sesi iaitu sesi satu pada jam 10 pagi hingga 12 tengah hari manakala 8 hingga 10 malam bagi sesi kedua," katanya.

Promosi istimewa itu turut melibatkan beberapa barangan lain seperti tulang lembu RM28 dan ayam RM12 seekor.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi 011-2636 9850 atau layari Facebook Koperasi Warga Hijrah Selangor untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.