ad
AGENSI

Yayasan MBI hulur bantuan segenap aspek, ringankan beban mangsa letupan paip gas

10 Apr 2025, 11:00 AM
Yayasan MBI hulur bantuan segenap aspek, ringankan beban mangsa letupan paip gas
Yayasan MBI hulur bantuan segenap aspek, ringankan beban mangsa letupan paip gas

SHAH ALAM, 10 APR: Bantuan kepada mangsa letupan paip gas di Putra Heights tidak hanya terhad kepada kewangan sebaliknya meliputi segenap aspek bagi menyokong kelangsungan hidup mereka.

Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI berkata antaranya bantuan itu termasuklah Platform Selangor (PLATS) bagi peniaga yang terjejas susulan kebakaran itu.

“Kami dimaklumkan ada peniaga kecil yang tinggal di Kampung Kuala Sungai Baru perniagaan kedai makanan dan produknya musnah. Ini kita akan santuni melalui program PLATS.

“Bantuan MBI ini tidak bersifat kewangan saja tapi bagaimana kita bantu mereka ini melalui inisiatif sedia ada dalam MBI untuk mereka meneruskan kehidupan selepas ini.

“Bermakna kalau dia peniaga ada bantuan daripada segi perniagaan, jika pelajar berkait pelajaran. Kita lihat keperluan, ini termasuk pembaikan rumah atau apa-apa bantuan lain kita boleh berikan mengikut keupayaan yang kita ada,” kata Ahmad Azri Zainal Nor.

Ditemui pada Majlis Gemilang Aidilfitri MBI di sini, Ahmad Azri berkata pihaknya bekerjasama dengan Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Kemuning S Preakas dan ADN Seri Serdang Abbas Azmi untuk penyelarasan maklumat mangsa yang memerlukan bantuan susulan.

“MBI sentiasa ada komunikasi baik dengan mereka dan insya-Allah mana-mana aduan yang disampaikan ADN tersebut kita akan cuba bincang dan beri bantuan berdasarkan keperluan mereka dan keupayaan kita,” katanya.

[caption id="attachment_696016" align="aligncenter" width="764"] Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Dato' Ts Saipolyazan M Yusop (kiri) menyampaikan cek cura kepada Pegawai Kewangan Negeri Datuk Dr Haniff Zainal Abidin (kanan) sambil disaksikan Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari (dua, kanan) dan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato' Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dalam Majlis Gemilang Aidilfitri MBI di Lake Point Club, Shah Alam pada 10 April 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Terdahulu, dalam majlis itu Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI dan rakan strategik menyumbang RM2 juta kepada Tabung Selangor Prihatin bagi membantu mangsa insiden itu.

Cek sumbangan diserahkan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBI Dato’ Ts Saipolyazan M Yusop kepada Pegawai Kewangan Negeri Selangor Datuk Dr Haniff Zainal Abidin sambil disaksikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin.

Sebelum ini, Ahmad Azri berkata 265 pelajar terkesan insiden itu, bakal menerima bantuan wang tunai berjumlah RM500 seorang dengan jumlah keseluruhan RM132,500.

Pada hari pertama kejadian, menurutnya MBI sudah menyerahkan bantuan RM10,000 untuk kegunaan pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan mangsa tragedi itu.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.