ad
AGENDA

Tragedi Putra Heights: Polis terima 755 laporan babit kerosakan, kecederaan

10 Apr 2025, 10:48 AM
Tragedi Putra Heights: Polis terima 755 laporan babit kerosakan, kecederaan
Tragedi Putra Heights: Polis terima 755 laporan babit kerosakan, kecederaan
Tragedi Putra Heights: Polis terima 755 laporan babit kerosakan, kecederaan
Tragedi Putra Heights: Polis terima 755 laporan babit kerosakan, kecederaan

SUBANG JAYA, 10 APRIL: Polis Selangor menerima 755 laporan daripada mangsa insiden letupan saluran gas Petronas di Putra Heights setakat ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata laporan berkenaan melibatkan kerosakan rumah, kenderaan dan kecederaan yang dialami mangsa.

[caption id="attachment_696054" align="aligncenter" width="816"] Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan pada sidang media kebakaran saluran paip gas di Pos Kawalan Tempat Kejadian di Putra Heights, Subang Jaya pada 10 April 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

“Polis telah merakam sebanyak 172 percakapan daripada saksi-saksi yang melibatkan pelbagai kategori dan juga pihak,” katanya pada sidang media di pos kawalan pusat kejadian, dekat sini.

Dalam perkembangan berkaitan, Hussein berkata pihaknya sudah mengenal pasti individu dipercayai terlibat dengan penularan berita kematian berhubung insiden letupan berkenaan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan atas kesalahan memfitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyebarkan berita palsu.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan (KKM) membuat laporan polis berhubung komen di media sosial yang mendakwa terdapat kematian dalam insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights.

Menurut kenyataan KKM hari ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) turut dimaklumkan mengenai perkara itu dan pihaknya menegaskan tiada sebarang laporan berhubung kematian diterima daripada mana-mana fasiliti kesihatan awam atau swasta berkaitan kejadian tersebut.

[caption id="attachment_695832" align="aligncenter" width="811"] Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) Datin Seri Masdiana Muhamad menyantuni mangsa kejadian kebakaran saluran paip gas di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights, Subang Jaya pada 9 April 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

Sementara itu, Hussein berkata gotong-royong mega akan dianjurkan pada Sabtu dan Ahad ini di kawasan perumahan yang terkesan insiden berkenaan.

Katanya, program melibatkan pelbagai agensi itu akan membuat pembersihan lebih teliti di sekitar rumah mangsa namun tidak memasuki lokasi kejadian.

Berikutan itu beliau menasihati mana-mana pertubuhan bukan kerajaan yang ingin membantu supaya mendaftar dengan Sukarelawan Selangor supaya dapat diselaraskan.

[caption id="attachment_695720" align="aligncenter" width="787"] Sukarelawan Team Selangor melakukan pembersihan di kawasan perumahan yang terjejas akibat insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights pada 5 April 2025. Foto Team Selangor[/caption]

“Akses ke sini dikawal. Hanya yang mendaftar sahaja dibenarkan masuk. Kerja pembersihan di persekitaran rumah dan kawasan disahkan selamat oleh bomba dan Jabatan Kerja Raya.

“Sebab itu kita mahu semua daftar dan pastikan pergi ke kawasan selamat. Majlis Bandaraya Subang Jaya akan ketuai program dan selaraskannya,” katanya.

Semalam Dato’ Menteri Besar berkata seramai 1,000 sukarelawan dijangka terlibat dalam proses pembersihan dan gotong-royong di kawasan kebakaran saluran paip gas di Putra Heights hujung minggu ini.

Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari, pihaknya sedang menyusun gerak kerja bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi memastikan setiap kediaman terjejas dapat dibersihkan.

Sukarelawan yang ingin terlibat bersama boleh mendaftar melalui pautan https://bitly.cx/0uE0r

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.