ad
AGENDA

Bayi lelaki lima bulan meninggal dunia ketika di bawah jagaan pengasuh

10 Apr 2025, 8:32 AM
Bayi lelaki lima bulan meninggal dunia ketika di bawah jagaan pengasuh

ISKANDAR PUTERI, 10 APR: Polis Johor mengesahkan menerima laporan polis mengenai kejadian bayi lelaki berusia lima bulan disahkan meninggal dunia selepas didapati tidak sedarkan diri ketika berada di bawah jagaan pengasuh di sebuah pusat jagaan di Kangkar Pulai di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP M Kumaresan berkata pihaknya menerima laporan polis daripada ibu mangsa berusia 31 tahun pada 4.24 petang.

“Mangsa bayi lelaki lingkungan lima bulan didapati tidak sedarkan diri ketika dikejutkan daripada tidur oleh pengasuh warga tempatan lingkungan umur 34 tahun. Mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dan disahkan meninggal dunia oleh hospital.

“Bedah siasat telah dijalankan ke atas mangsa dan mendapati tiada kesan kecederaan luaran tubuh badan mangsa, punca kematian masih dalam siasatan. Setakat ini belum ada tangkapan dibuat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan mati mengejut (SDR) dijalankan selari dengan Seksyen 31(1)(a) Akta kanak-kanak 2001 iaitu menganiaya, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak dengan cara mungkin menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi yang memperuntukkan hukuman denda RM 50,000 atau penjara 20 tahun atau kedua-duanya.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.