ad
AGENSI

MBI sumbang RM2 juta kepada Tabung Selangor Prihatin, bantu mangsa Putra Heights

10 Apr 2025, 7:55 AM
MBI sumbang RM2 juta kepada Tabung Selangor Prihatin, bantu mangsa Putra Heights
MBI sumbang RM2 juta kepada Tabung Selangor Prihatin, bantu mangsa Putra Heights
MBI sumbang RM2 juta kepada Tabung Selangor Prihatin, bantu mangsa Putra Heights

SHAH ALAM, 10 APR: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI dan rakan strategik menyumbang RM2 juta kepada Tabung Selangor Prihatin bagi membantu mangsa kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights.

Cek sumbangan diserahkan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBI Dato’ Ts Saipolyazan M Yusop kepada Pegawai Kewangan Negeri Selangor Datuk Dr Haniff Zainal Abidin.

Penyerahan cek sumbangan pada Majlis Gemilang Aidilfitri MBI itu disaksikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato' Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin.

Sementara itu, Ketua Yayasan MBI Ahmad Azri Zainal Nor menggalakkan pihak yang berhasrat menyumbang daripada sudut kewangan kepada mangsa insiden menyayat hati itu supaya menggunakan saluran Tabung Selangor Prihatin.

[caption id="attachment_696017" align="alignleft" width="469"] Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Menurutnya ia bagi memastikan penyelarasan bantuan dapat dibuat dengan baik oleh Kerajaan Negeri.

“Kerajaan Negeri telah aktifkan akaun yang dibuka ketika banjir. Jadi mereka yang ingin menyumbang daripada sudut kewangan digalakkan menggunakan tabung itu supaya penyelarasan bantuan dapat diselaraskan dengan baik oleh Kerajaan Negeri,” katanya.

Sebelum ini Kerajaan Negeri mengalu-alukan sumbangan pelbagai pihak sama ada swasta, korporat mahupun individu kepada mangsa kebakaran di Putra Heights menerusi Tabung Selangor Prihatin.

Tabung berkenaan merupakan inisiatif tambahan selain usaha berterusan membantu meringankan beban mangsa dan sumbangan boleh dibuat menerusi nombor akaun CIMB 8604747531 (Bendahari Negeri Selangor), dengan rujukan Putra Heights.

Semalam, Amirudin memaklumkan ahli majlis mesyuarat Kerajaan Negeri termasuk pegawai atasan menyumbang RM1,000 kepada Tabung Selangor Prihatin bagi membantu mangsa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights.

Menurut Amirudin, turut membuat sumbangan daripada gaji bulan ini ialah Ahli Dewan Negeri (ADN) termasuk blok pembangkang berjumlah RM200 serta RM100 daripada setiap ahli majlis.

Selain itu, pegawai pentadbiran awam Gred 48 ke atas juga menyumbang sebanyak RM50.

[caption id="attachment_696018" align="aligncenter" width="1247"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari bersama isteri Datin Seri Masdiana Mohamad (duduk, dua kiri) menghadiri Majlis Gemilang Aidilfitri Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI di Lake Point Club, Shah Alam pada 10 April 2025. Hadir sama Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek (duduk, tiga kiri). Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.