Oleh Dewi Abdul Rahman
SUBANG JAYA, 9 MAC: Tragedi letupan paip gas di Putra Heights baru-baru ini, meninggalkan kesan mendalam buat dua mangsa terjejas kerana dalam sekelip mata mereka kehilangan tempat berteduh dan harta benda.
Namun, seperti kata pepatah 'berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul,' tragedi itu tidak mematahkan semangat mereka untuk bangkit semula.
Sepanjang sembilan hari berlindung pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) yang ditutup malam tadi, Siti Saihah Ab Ghani, 47, berkata semua mangsa saling menyokong dan menguatkan semangat.
Beliau berkata peristiwa letupan gas itu kekal terpahat dalam ingatannya, namun dia reda dan mengumpul segala kekuatan untuk meneruskan perjananan hidup.
"Kami dah enam hari duduk di PPS. Selepas ini cadang nak tinggal di homestay (rumah inap) sementara waktu sebelum dapat rumah sewa.
"Anak pun dah mula bersekolah, kami harap dapat cari rumah berdekatan Kampung Kuala Sungai Baru juga nanti. Insya-Allah kami akan cuba stabilkan semula hidup," ujarnya.
[caption id="attachment_695985" align="aligncenter" width="640"] Mangsa kebakaran paip gas Siti Saihah,47 ketika ditemui sebelum penutupan pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Camelia Putra Height Subang Jaya pada 9 April 2025.Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR [/caption]
Perasaan sama dikongsi Rabiatul Akmal Ramli, 33, yang mengakui masih terkesan dengan insiden luar jangka itu namun tekad bangkit melupakan peristiwa tersebut.
"Saya masih bercuti sehingga minggu depan, dalam waktu terdekat saya memang mahu mencari rumah berdekatan kerana anak-anak sekolah di sini.
"Saya sangat berterima kasih kepada petugas barisan hadapan termasuk pihak berkuasa tempatan, NGO dan agensi lain yang tanpa henti membantu kami dan beri sokongan moral. Insya-Allah semoga kami diberi kekuatan untuk mulakan hidup baharu," kata ibu kepada lima anak yang telah 30 tahun menetap di kawasan berkenaan.
[caption id="attachment_695984" align="aligncenter" width="640"] Rabiatul Akmal Ramlee, 33, bercakap kepada wartawan sebelum penutupan pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Camelia Putra Height Subang Jaya pada 9 April 2025.Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]
Biarpun suasana sedikit hiba, namun sebahagian mereka kini kuat meneruskan hidup baharu di kediaman sewaan sementara, manakala selebihnya dipindahkan ke PPS Masjid Putra Heights.
Kebakaran melibatkan saluran gas Petronas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights pada 8.10 pagi Selasa lepas, secara keseluruhannya melibatkan 1,254 orang daripada 308 keluarga.
Sebanyak 87 rumah mengalami kerosakan keseluruhan dan tidak boleh didiami, manakala 148 rumah terjejas dan mengalami kerosakan tetapi boleh didiami setelah melalui proses pembaikan.
[caption id="attachment_695987" align="alignright" width="685"] Pusat pemindahansementara (PPS) Dewan Camelia Putra Height, Subang Jaya Selangor pada 9 April 2025.Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]