ad
AGENDA

EXCO, ADN, penjawat awam negeri sumbang gaji kepada mangsa terjejas

9 Apr 2025, 10:39 AM
EXCO, ADN, penjawat awam negeri sumbang gaji kepada mangsa terjejas
EXCO, ADN, penjawat awam negeri sumbang gaji kepada mangsa terjejas

SHAH ALAM, 9 APRIL: Semua ahli majlis mesyuarat Kerajaan Negeri termasuk pegawai atasan menyumbang RM1,000 kepada Tabung Selangor Prihatin bagi membantu mangsa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights.

Dato' Menteri Besar berkata turut membuat sumbangan daripada gaji bulan ini ialah Ahli Dewan Negeri (ADN) termasuk blok pembangkang berjumlah RM200 serta RM100 daripada setiap ahli majlis.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata selain itu, setiap pegawai pentadbiran awam Gred 48 ke atas juga menyumbang sebanyak RM50.

"Secara keseluruhan, anggota pentadbiran awam Kerajaan Negeri menyumbang RM102,050 kepada tabung berkenaan yang akan dapat membantu proses-proses pemulihan yang sedang direncana.

"Tabung ini dibuka atas permintaan mereka yang ingin menyampaikan sumbangan kepada mangsa dan dengan dana dikumpul ini dapat menampung pelbagai keperluan tambahan seperti sewa dan baik pulih kediaman," katanya pada sidang media khas di Dewan Annexe, hari ini.

[caption id="attachment_695037" align="alignnone" width="881"] Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim (tengah) diiringi Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan melawat mangsa kejadian kebakaran saluran paip gas di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights, Subang Jaya pada 5 April 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Untuk rekod, Tabung Selangor Prihatin merupakan inisiatif tambahan selain usaha berterusan membantu meringankan beban mangsa.

Sumbangan boleh dibuat menerusi nombor akaun CIMB 8604747531 (Bendahari Negeri Selangor) dengan rujukan 'Putra Heights'.

Pada masa sama, Amirudin memaklumkan satu laman sesawang khas berkaitan jenis sumbangan kepada mangsa akan dibangunkan malam ini.

"Laman sesawang ini akan terangkan semua bantuan yang diterima mangsa termasuk kereta, motosikal dan sumbangan wang tunai. Laman sesawang ini dilengkapi dengan capaian dan mangsa boleh terus membuat permohonan.

"Dengan adanya laman sesawang ini, mangsa boleh buat semakan dan tidak perlu kemas kini setiap masa selain boleh beri ruang pasukan teknikal menjalankan siasatan dengan lebih jitu," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.