ad
AGENDA

Terperdaya iklan pelaburan janji pulangan hingga 800 peratus, petugas kesihatan rugi RM1.2 juta

9 Apr 2025, 12:29 AM
Terperdaya iklan pelaburan janji pulangan hingga 800 peratus, petugas kesihatan rugi RM1.2 juta

KEPALA BATAS, 9 APRIL: Seorang petugas sektor kesihatan mengalami kerugian lebih RM1.2 juta selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan dalam talian tidak wujud, di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Anuar Abdul Rahman berkata Bahagian Siasatan Jenayah Komersial menerima aduan daripada mangsa berusia 58 tahun itu pada Jumaat lepas.

"Mangsa mendakwa terperdaya dalam kes penipuan pelaburan dalam talian selepas melihat iklan pelaburan itu di aplikasi media sosial Facebook pada 10 pagi 20 Dis lepas.

"Mangsa yang berminat untuk menyertai pakej pelaburan yang ditawarkan itu telah membuat beberapa transaksi kemasukan wang ke dalam tujuh akaun bank yang berbeza, yang dijanjikan pulangan sebanyak 500 hingga 800 peratus daripada wang modal dilaburkan," katanya dalam kenyataan.

Namun, beliau berkata sehingga kini mangsa belum menerima sebarang pulangan pelaburan sebelum bertindak membuat laporan polis berhubung perkara itu. Polis kini menjalankan siasatan kes tersebut di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu, kes penipuan.

-- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.