ad
AGENDA

Kebakaran paip gas: 420 kenderaan rosak, bekalan elektrik dijangka pulih Jumaat

8 Apr 2025, 12:30 PM
Kebakaran paip gas: 420 kenderaan rosak, bekalan elektrik dijangka pulih Jumaat

SHAH ALAM, 8 APRIL: Sejak insiden kebakaran paip gas di Putra Heights pada 1 April, pelbagai pihak terus tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa, sama ada dalam bentuk kebajikan atau sokongan emosi.

Setakat hari ini, agensi teknikal mengesahkan sebanyak 270 rumah disahkan selamat didiami manakala bekalan elektrik dan telekomunikasi di penempatan terjejas dijangka pulih Jumaat ini.

Berikut antara rangkuman laporan berita pada Selasa.

1. MBI hulur sumbangan RM500 kepada pelajar terkesan

Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menyumbang RM132,500 kepada 265 pelajar terkesan insiden letupan saluran gas Petronas minggu lalu.

Pelajar tahun satu hingga tingkatan enam menerima wang tunai berjumlah RM500 seorang yang bakal diserah Jumaat ini. https://selangorkini.my/2025/04/mbi-pelajar-terkesan-insiden-paip-gas-terima-rm500-tampung-beli-keperluan-sekolah/

2. Mangsa terjejas Kampung Kuala Sungai Baru luah syukur terima bantuan, tidak rasa tersisih

Mangsa kebakaran saluran paip gas Putra Heights, bantuan pelbagai pihak jelas menjadi penyelamat, bukan sahaja daripada segi fizikal, malah emosi – memberi keyakinan bahawa mereka tidak bersendirian mengharungi ujian itu. https://selangorkini.my/2025/04/syukur-terima-bantuan-menyeluruh-mangsa-terjejas-tidak-rasa-tersisih/

3. Sebanyak 140 kereta sementara selesai diserah kepada mangsa

Sebanyak 140 kenderaan sementara telah selesai diedar untuk kegunaan mangsa kebakaran saluran paip gas Putra Heights di sini, hari ini.

EXCO Mobiliti Ng Sze Han berkata pihaknya menerima lebih 190 permohonan untuk kegunaan secara pinjaman bagi tempoh sebulan. https://selangorkini.my/2025/04/mbi-pelajar-terkesan-insiden-paip-gas-terima-rm500-tampung-beli-keperluan-sekolah/

4. Lembaga Zakat Selangor buka kaunter bergerak di PPS

Lembaga Zakat Selangor (LZS) membuka kaunter bergerak di pusat pemindahan sementara Masjid Putra Heights bagi memudahkan mangsa letupan saluran paip gas memohon bantuan kecemasan. https://selangorkini.my/2025/04/lzs-buka-kaunter-bergerak-di-pps-mudahkan-mangsa-letupan-paip-gas-mohon-bantuan/

5. Kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) diberi perkhidmatan khas termasuk juruterapi

Pengerusi Majlis Tindakan Orang Kurang Upaya Selangor (MTOS)  Danial Al-Rashid Haron berkata bagi memastikan keselesaan anak istimewa serta penjaga sepanjang di PPS, pelbagai kemudahan disediakan antaranya pembelian alatan permainan dan intervensi bersesuaian. https://selangorkini.my/2025/04/kanak-kanak-oku-di-pps-diberi-perhatian-khas-khidmat-juruterapi/

6. Hampir 100 tan sampah dikeluarkan dari kawasan perumahan yang terjejas

KDEB Waste Management (KDEBWM) memaklumkan sampah domestik dan pukal dikutip sejak hari kedua kejadian hingga semalam dengan anggaran 12 tan hingga 18 tan sehari. https://selangorkini.my/2025/04/kebakaran-paip-gas-140-kereta-sementara-selesai-diserah-kepada-mangsa/

7. Pelbagai agensi, jabatan bantu mangsa 

Pelbagai jabatan dan agensi membantu mangsa kebakaran paip gas di Putra Heights yang berdepan masalah termasuk pelepasan kerja, susulan kejadian yang mengakibatkan penutupan premis serta kehilangan dokumen penting. https://selangorkini.my/2025/04/pelbagai-jabatan-agensi-salur-bantuan-ringan-beban-mangsa-putra-heights/

8. Sebanyak 270 rumah disahkan selamat diduduki setakat hari ini

Seramai 270 pemilik rumah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing selepas disahkan selamat untuk diduduki oleh agensi teknikal, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan. https://selangorkini.my/2025/04/270-pemilik-rumah-dibenar-pulang-420-kenderaan-rosak/

9. Bekalan elektrik dan telekomunikasi di kawasan terjejas dijangka pulih Jumaat.

EXCO Infrastruktur Datuk Ir Izham Hashim berkata Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom Malaysia (TM), hampir selesai melakukan pemeriksaan terhadap sistem bekalan di dua kawasan yang terjejas. https://selangorkini.my/2025/04/elektrik-telekomunikasi-kawasan-terjejas-pulih-sepenuhnya-jumaat-ini/

10. Kebakaran di Putra Heights jejas saluran paip zon tengah.

Petronas Gas Bhd (PGB) berkata insiden kebakaran di saluran paip gas utama di Putra Heights, berhampiran Puchong, Selangor menjejaskan perkhidmatan saluran paip di sekitar zon tengah.

Ia melibatkan kawasan termasuk Shah Alam, Klang, Puchong dan Batu Tiga iaitu kira-kira 7.0 peratus daripada jumlah isi padu komitmen penghantaran kepada pelanggannya. https://selangorkini.my/2025/04/pgb-kebakaran-putra-heights-jejas-khidmat-saluran-paip-zon-tengah/

11. Siasatan masih berjalan, jamin tiada yang disembunyikan

Kerajaan Negeri menegaskan tiada yang disembunyikan berhubung tragedi letupan saluran gas di Putra Heights, sebaliknya siasatan dijalankan bagi mengenal pasti punca. https://selangorkini.my/2025/04/putra-heights-tiada-disembunyi-siasatan-giat-dijalankan/

12. Laporan kebakaran dijangka siap awal, pengorekan bermula esok

Ketua Polis Selangor Dato’ Hussein Omar Khan berkata setakat ini kerja-kerja menstabilkan tanah di kawasan terbabit sedang giat dijalankan diikuti proses pemasangan cerucuk.

13. Syukur terima bantuan menyeluruh, mangsa terjejas tidak rasa tersisih

Mangsa terjejas di Kampung Kuala Sungai Baru menzahirkan rasa syukur atas bantuan menyeluruh yang diterima daripada kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan individu persendirian.

Bagi mangsa kebakaran saluran paip gas Putra Heights, bantuan pelbagai pihak menjadi penyelamat, bukan sahaja daripada segi fizikal, malah emosi – memberi keyakinan bahawa mereka tidak bersendirian mengharungi ujian itu.https://selangorkini.my/2025/04/syukur-terima-bantuan-menyeluruh-mangsa-terjejas-tidak-rasa-tersisih/

14. 270 pemilik rumah dibenar pulang, 420 kenderaan rosak

270 pemilik rumah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing hari ini selepas disahkan selamat oleh agensi berkaitan, kata ketua polis Selangor.

Datuk Hussein Omar Khan berkata jumlah itu mencatat penambahan berbanding semalam sejumlah 152 kediaman seperti dimaklumkan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.https://selangorkini.my/2025/04/270-pemilik-rumah-dibenar-pulang-420-kenderaan-rosak/

15. 39 mangsa kebakaran masih terima rawatan, seorang di ICU

39 orang daripada keseluruhan 150 mangsa yang terlibat dalam tragedi kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, Selasa lepas masih menerima rawatan di hospital dan klinik.

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan daripada jumlah itu, 17 mangsa dirawat di hospital kerajaan manakala 22 mangsa lagi di kemudahan kesihatan swasta, termasuk seorang di Unit Rawatan Rapi (ICU) melibatkan seorang lelaki berusia 21 tahun.https://selangorkini.my/2025/04/39-mangsa-kebakaran-masih-terima-rawatan-seorang-di-icu/

16. 55 motosikal percuma buat mangsa kebakaran Putra Heights

Sebanyak 55 motosikal jenama Yamaha Ego Avantiz 125 disumbang Kementerian Pengangkutan kepada penduduk yang terlibat insiden kebakaran saluran paip gas, Putra Heights minggu lalu.

Menterinya Anthony Loke berkata sumbangan itu bagi memulihkan kembali mobiliti mangsa terjejas bagi menjalankan urusan harian sekali gus meringankan beban yang dihadapi mereka.https://selangorkini.my/2025/04/55-motosikal-percuma-buat-mangsa-kebakaran-putra-heights/

17. Polis nafi dakwaan sorok kematian, siasatan telus, liputi pelbagai aspek

Polis Selangor menegaskan dakwaan pihak berkuasa itu menyorokkan kematian membabitkan insiden letupan paip gas di Putra Heights tidak benar.

Ketuanya Datuk Hussein Omar Khan berkata tindakan menyorokkan kematian seperti didakwa itu tidak memberi sebarang manfaat kepada mana-mana pihak terutama agensi yang menjalankan siasatan secara telus.https://selangorkini.my/2025/04/polis-nafi-dakwaan-sorok-kematian-siasatan-telus-liputi-pelbagai-aspek/

18. Rumah jadi debu, kereta ‘cair’ antara pengalaman mangsa kebakaran Putra Heights

Luluh hati seorang penduduk Kampung Kuala Sungai Baru Zurina Mohd Isa, 49, apabila melihat rumahnya sudah jadi debu, kereta ‘cair’ dan motosikal hanya tinggal rangka.

Beliau yang juga salah seorang mangsa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights di sini bertekad membina semula kehidupan selepas kejadian menyayat hati itu.https://selangorkini.my/2025/04/rumah-jadi-debu-kereta-cair-antara-dugaan-mangsa-kebakaran-putra-heights/

19. Panasonic anggar rugi tiga peratus susulan insiden kebakaran

Gangguan bekalan gas akibat kebakaran di Putra Heights dijangka memberi kesan kepada pengeluaran produk-produk kipas dan seterika elektrik Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd (PMMA) dengan anggaran kehilangan pendapatan kira-kira tiga peratus. https://selangorkini.my/2025/04/panasonic-anggar-rugi-tiga-peratus-susulan-insiden-putra-heights/

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.