ad
AGENDA

55 motosikal percuma buat mangsa kebakaran Putra Heights

8 Apr 2025, 12:14 PM
55 motosikal percuma buat mangsa kebakaran Putra Heights
55 motosikal percuma buat mangsa kebakaran Putra Heights

Oleh Ufairah Tarmidzi

SUBANG JAYA, 8 APRIL: Sebanyak 55 motosikal jenama Yamaha Ego Avantiz 125 disumbang Kementerian Pengangkutan kepada penduduk yang terlibat insiden kebakaran saluran paip gas, Putra Heights minggu lalu.

Menterinya Anthony Loke berkata sumbangan itu bagi memulihkan kembali mobiliti mangsa terjejas bagi menjalankan urusan harian sekali gus meringankan beban yang dihadapi mereka.

“Sumbangan motosikal ini diberikan secara percuma termasuk pendaftaran cukai jalan, perlindungan insurans selama setahun dan sijil pemilikan kenderaan yang didaftarkan atas nama penerima sendiri.

“Bantuan ini bukan sahaja dapat membantu pergerakan mereka malah ia dapat digunakan demi kelangsungan untuk mencari nafkah dan meneruskan kehidupan seharian”, katanya.

Beliau berkata demikian selepas sesi penyerahan motosikal berkenaan di pekarangan LRT Putra Heights, di sini, hari ini.

[caption id="attachment_695738" align="alignnone" width="856"] Menteri Pengangkutan Anthony Loke bercakap kepada media selepas program penyerahan bantuan 55 buah motosikal kepada mangsa kebakaran saluran paip gas di aras bawah LRT Putra Heights, Subang Jaya pada 8 April 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengulas lanjut, Anthony berkata kebanyakan penerima adalah penduduk Kampung Kuala Sungai Baru yang telah menjalani proses saringan bagi memastikan motosikal asal mereka rosak atau musnah sepenuhnya dalam kejadian berkenaan.

Tambah beliau, sumbangan tersebut ditaja oleh syarikat korporat Spanco yang tampil menaja semua motosikal terbabit yang dibeli daripada pembekal motosikal terkemuka tempatan.

Menurut Anthony lagi, pembelian motosikal itu dilaksanakan melalui kerjasama dengan syarikat terbabit yang menawarkan harga istimewa sebanyak RM5,000 seunit berbanding harga pasaran sekitar RM5,800.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.