SUBANG JAYA, 8 APRIL: Kereta yang dipinjamkan selama sebulan kepada mangsa kebakaran paip gas di Putra Heights oleh syarikat automotif memudahkan urusan pergerakan selepas seminggu ditimpa kejadian itu.
Sooryamalar Muthu, 42, berkata beliau gembira dan berpuas hati kondisi kenderaan sumbangan Tan Chong Group sekali gus membantunya membina semula kehidupan.
[caption id="attachment_695614" align="alignleft" width="414"] Sooryamalar Muthu, 42, ditemui ketika majlis serahan kenderaan di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Putra Heights pada 8 April 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]
“Dua kenderaan masih di bengkel terjejas teruk, cair di bahagian cermin, tingkap dan nombor plat.
“Rumah juga mengalami kerosakan besar, saya gembira menerima sumbangan ini meskipun mental masih terjejas susulan insiden ini,” katanya.
Terdahulu, EXCO Mobiliti Ng Sze Han menyempurnakan majlis serahan kenderaan di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Putra Heights.
Mangsa lain, Koh Eng Tiong, 56, berkata kenderaan yang diterima hari ini membantu urusan pergerakan anaknya yang kini menuntut di Kolej Sunway, Subang Jaya.
[caption id="attachment_695615" align="alignright" width="420"] Koh Eng Tiong, 56, ditemui ketika majlis serahan kenderaan di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Putra Heights pada 8 April 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]
“Kejadian letupan ini mengakibatkan dua kenderaan di rumah saya musnah keseluruhan.
“Terima kasih kepada EXCO Mobiliti, ADN Kota Kemuning S Preakas dan Tan Chong Group yang membantu urusan permohonan serta keprihatinan,” ujarnya yang menginap di Putra Harmoni.
Terdahulu, Sze Han memaklumkan lebih 200 kenderaan disediakan untuk kegunaan mangsa kebakaran saluran paip gas Putra Heights di sini, secara percuma untuk tempoh sebulan.
Menurutnya, lima syarikat automotif tampil menawarkan pelbagai jenis model dan jenama buat keluarga mangsa yang kenderaan mereka musnah atau rosak akibat kejadian itu.
[caption id="attachment_695590" align="aligncenter" width="1201"] EXCO Mobiliti Ng Sze Han bergambar bersama penerima sempena majlis penyerahan kereta sementara sumbangan Tan Chong Group kepada mangsa kebakaran paip gas di LRT Putra Heights pada 8 April 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN / MEDIASELANGOR[/caption]