ad
AGENSI

LZS buka kaunter bergerak di PPS, mudahkan mangsa letupan paip gas mohon bantuan

8 Apr 2025, 4:00 AM
LZS buka kaunter bergerak di PPS, mudahkan mangsa letupan paip gas mohon bantuan

SHAH ALAM, 8 APRIL: Lembaga Zakat Selangor (LZS) membuka kaunter bergerak di pusat pemindahan sementara Masjid Putra Heights bagi memudahkan mangsa letupan saluran paip gas memohon bantuan kecemasan.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan pihaknya juga menjalankan proses bancian terhadap mangsa di kaunter berkenaan bagi mendapatkan maklumat agar bantuan dapat disalurkan dengan segera.

“Segala maklumat dikumpul dengan teliti dan penuh prihatin agar bantuan dapat disalurkan dengan pantas, menyentuh mereka yang benar-benar memerlukan.

“Kami percaya, zakat bukan sekadar kewajipan tetapi wadah kasih sayang dan solidariti sesama insan,” katanya.

Sebelum ini, LZS memaklumkan bantuan RM500 disalur kepada setiap mangsa insiden kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Height, Subang Jaya minggu lalu.

Jelasnya agensi itu, bantuan diberikan kepada setiap ketua keluarga beragama Islam yang terkesan bagi meringankan beban mereka.

Bantuan boleh dipohon menerusi pautan lzspeduli.zakatselangor.com.my mulai 2 hingga 15 April dengan mengemukakan laporan polis atau pengesahan daripada wakil pimpinan masyarakat melalui portal khas disediakan.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.