SUBANG JAYA, 8 APRIL: Sebanyak 140 kenderaan sementara telah selesai diedar untuk kegunaan mangsa kebakaran saluran paip gas Putra Heights di sini, hari ini.
EXCO Mobiliti Ng Sze Han berkata pihaknya menerima lebih 190 permohonan untuk kegunaan secara pinjaman bagi tempoh sebulan.
“Hari ini bersama Tan Chong Group, kita telah mengagihkan 30 buah lagi kereta pinjaman kepada mangsa kebakaran. Tiga unit kenderaan elektrik (EV) turut diedar buat mangsa yang mempunyai kemudahan pengecasan.
“60 lagi akan diedar secara berperingkat hingga selesai minggu ini. Bagi pihak Kerajaan Negeri saya mengucapkan terima kasih kepada semua syarikat yang telah membantu mangsa-mangsa,” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas menyempurnakan majlis serahan kenderaan sementara sumbangan Tan Chong Group di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Putra Heights.
[caption id="attachment_695594" align="aligncenter" width="700"]
EXCO Mobiliti Ng Sze Han(dua, kanan) bergambar bersama penerima sempena majlis penyerahan kereta sementara sumbangan Tan Chong Group kepada mangsa kebakaran paip gas di LRT Putra Heights pada 08 April 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN / MEDIASELANGOR[/caption]
Sze Han menambah sebanyak lima syarikat automatif tampil menawarkan pelbagai jenis model dan jenama buat keluarga mangsa yang kenderaan musnah atau rosak susulan insiden tersebut.
“Syarikat yang menawarkan sumbamgan Cherry, Tan Chong Group, Carsome, Carro dan Eon.
“Jumlah kenderaan disedia oleh semua syarikat ni sebanyak 200, lebih 190 memohon ada baki antara lima hingga enam unit, jadi kemudahan mencukupi untuk semua pemohon,” jelasnya.
Dalam kejadian 1 April lalu, saluran gas Petronas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights terbakar yang menyaksikan api menjulang setinggi lebih 30 meter dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.
Kebakaran turut menyebabkan terbentuknya kawah berkedalaman 9.8 meter dengan keluasan kira-kira 21X24 meter di lokasi kejadian.
[caption id="attachment_695592" align="aligncenter" width="694"] Sekitar majlis penyerahan majlis penyerahan kereta sementara sumbangan Tan Chong Group kepada mangsa kebakaran paip gas di LRT Putra Heights pada 08 April 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN / MEDIASELANGOR[/caption]