ad
AGENSI

Cakna anak istimewa, bantuan khas Selangor dibuka hingga 18 April

8 Apr 2025, 1:59 AM
Cakna anak istimewa, bantuan khas Selangor dibuka hingga 18 April
Cakna anak istimewa, bantuan khas Selangor dibuka hingga 18 April

SHAH ALAM, 8 APRIL: Ibu bapa mempunyai anak orang kelainan upaya (OKU) dipelawa memohon bantuan khas Anak Istimewa Selangor (ANIS) yang dibuka mulai semalam hingga 18 April ini.

Jabatan ANIS memaklumkan pemohon diminta melayari www.anisselangor.com/bantuananis untuk maklumat lanjut manakala tarikh akhir penghantaran borang serta dokumen sokongan lengkap pada 2 Mei.

“Borang permohonan yang telah diisi hendaklah dicetak dan disertakan bersama dokumen sokongan  yang diperlukan sebelum dihantar secara fizikal di Pusat Sokongan Pendidikan Awal ANIS atau di pusat khidmat masyarakat DUN yang berdekatan,” maklumnya di Facebook.

Kerajaan Negeri membelanjakan jutaan ringgit pada setiap tahun untuk bantuan khas ANIS. Program berkenaan merupakan inisiatif Selangor untuk meringankan beban keluarga kepada kanak-kanak istimewa atau OKU.

Bantuan khas tersebut merangkumi kos pendidikan seperti pusat terapi dan kelas khas (maksimum sehingga RM1,000), ubat-ubatan dan keperluan tambahan (maksimum sehingga RM1,200) serta pembelian atau pembaikan mesin perubatan  (maksimum sehingga RM5,000).

Kerajaan Negeri turut menyediakan Pusat Sokongan Pendidikan Awal Anak Istimewa Selangor (Pusat ANIS) di Seksyen 7 Shah Alam bagi memastikan murid-murid bekeperluan khas mendapat peluang dan kemudahan pendidikan.

Pada awal tahun ini, EXCO kebajikan berkata pentadbiran negeri berhasrat memperluas Pusat ANIS di 12 pihak berkuasa tempatan (PBT).

Anfaal Saari memaklumkan usaha kerjasama yang masih diperingkat perbincangan itu bertujuan mengatasi kesesakan pelajar di pusat sedia ada.

Belanjawan 2025 memperuntukkan RM2.3 juta bagi meneruskan program Iltizam Anak Istimewa Selangor.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.