ad
AGENDA

MB: Guru dihantar bantu pelajar trauma, pastikan sesi pembelajaran diteruskan

7 Apr 2025, 8:00 AM
MB: Guru dihantar bantu pelajar trauma, pastikan sesi pembelajaran diteruskan
MB: Guru dihantar bantu pelajar trauma, pastikan sesi pembelajaran diteruskan
MB: Guru dihantar bantu pelajar trauma, pastikan sesi pembelajaran diteruskan

SHAH ALAM, 7 APRIL: Guru akan dihantar ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights, Subang Jaya bagi membantu mangsa insiden letupan saluran gas meneruskan pelajaran.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata tindakan itu diambil selepas melihat ramai mangsa dalam kalangan pelajar masih trauma.

“Kita dapati hanya 20 peratus pelajar sesi pagi pergi sekolah hari ini. Mungkin sebahagiannya masih lagi trauma. Justeru jabatan pendidikan negeri akan hantar pegawai untuk bantu pelajar terkesan di PPS meneruskan sesi pembelajaran.

“Mungkin di peringkat awal ini, mereka akan dibantu sedikit sebanyak dan perkara lain. Maknanya kalau tidak pergi sekolah pun, mereka boleh belajar. Setakat ini kita kenal pasti 265 pelajar terkesan,” katanya pada sidang media di Bangunan Annex hari ini.

[caption id="attachment_695438" align="aligncenter" width="1077"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika sidang media di Dewan Annex, Shah Alam pada 7 April 2025. Foto REMY ARIFIN /MEDIA SELANGOR[/caption]

Pagi tadi seramai 76 mangsa terdiri daripada 42 pelajar sekolah rendah dan 34 sekolah menengah yang mendiami dua PPS di Putra Heights menggunakan perkhidmatan transit atas permintaan (DRT) untuk ke sekolah.

Amirudin memaklumkan semua pelajar berkenaan akan menerima sumbangan daripada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI berjumlah RM500 seorang Khamis ini.

Sementara itu beliau turut mengumumkan laman khas bagi memudahkan urusan sumbangan dan agihan kepada mangsa kebakaran susulan menerima banyak bantuan pelbagai pihak.

“Ada pelbagai tawaran dan bantuan diumumkan sama ada pinjaman kereta, motosikal, baucar barangan elektrik, bantuan zakat dan sebagainya.

“Laman web ini akan mudahkan pendaftaran dan (data) boleh digunakan oleh pegawai kita untuk melaporkan sejauh mana sumbangan itu disalurkan, berapa peratus sudah disalurkan kepada mangsa,” katanya.

[caption id="attachment_695441" align="aligncenter" width="1122"] Pengangkutan Rapid KL On-Demand (ROD) percuma disediakan kepada mangsa kebakaran saluran paip gas di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Putra Heights, Subang Jaya pada 7 April 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.