ad
AGENDA

MB: Pemilik rumah musnah terima bantuan RM10,000, diagih mulai hari ini

7 Apr 2025, 4:49 AM
MB: Pemilik rumah musnah terima bantuan RM10,000, diagih mulai hari ini
MB: Pemilik rumah musnah terima bantuan RM10,000, diagih mulai hari ini

SHAH ALAM, 7 APRIL: Sejumlah 81 pemilik rumah yang musnah akibat insiden letupan gas pada minggu lalu menerima sumbangan segera berjumlah RM10,000.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata jumlah berkenaan disalurkan kerajaan persekutuan sebanyak RM5,000 manakala separuh lagi sumbangan Petronas.

Beliau berkata 81 rumah yang dikenal pasti mengalami separa kerosakan serta 57 terjejas namun tidak terbakar turut menerima bantuan berjumlah RM5,000 selain penyewa juga diberi jumlah sama.

“Ini merupakan sumbangan segera dan bantuan kepada 219 mangsa ini akan diserahkan mulai hari ini. Kita anggarkan sehingga Jumaat, agihan bantuan ini akan selesai,” katanya pada sidang media di Dewan Annex hari ini.

[caption id="attachment_695431" align="aligncenter" width="1093"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada sidang media di Dewan Annex, Shah Alam pada 7 April 2025. Foto REMY ARIFIN /MEDIA SELANGOR[/caption]

Amirudin berkata hasil penilaian pasukan teknikal bomba, 437 rumah dikenal pasti terkesan akibat insiden berkenaan melibatkan kategori musnah sepenuhnya, separa musnah dan terkesan.

“Setakat hari ini 151 rumah disahkan selamat dan semua pemilik dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing,” katanya.

Berikutan tindakan pantas anggota bomba pada hari kejadian, Amirudin berkata RM285.9 juta nilai harta benda penduduk sekitar dapat diselamatkan daripada musnah.

“Bomba terima panggilan pada 8.10 pagi dan sampai ke lokasi pada 8.22 pagi. Pada 8.46 pagi, bomba tutup saluran gas dan pada 3.46 petang api berjaya dipadamkan, ini turut mendapat kerjasama orang awam.

“Anggaran nilai kerosakan untuk rumah yang dikenal pasti RM65.4 juta termasuk kemusnahan pendawaian,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.