SHAH ALAM, 7 APRIL: Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) menawarkan rawatan dan makanan percuma kepada haiwan terjejas akibat insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights.
SAFM menerusi Facebook memaklumkan kemudahan tersebut ditawarkan kepada binatang pemeliharaan termasuk haiwan jalanan yang mengalami kecederaan dan trauma.
“SAFM akan meletakkan makanan kucing dan anjing di setiap klinik haiwan terlibat untuk memastikan keperluan haiwan-haiwan ini terus terjaga.
“Kami juga akan bekerja dengan lebih rapat bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, wakil rakyat, dan pihak terlibat untuk menghantar mana-mana haiwan yang cedera ke klinik dengan segera,” katanya.
Menurut SAFM lagi, pemilik haiwan di kawasan terjejas juga boleh menghubungi pihaknya bagi mendapatkan bantuan pengangkutan atau sokongan di talian 013-7066770.
Empat klinik haiwan yang terlibat dalam penyediaan makanan dan rawatan percuma: