ad
AGENDA

Aliran trafik lebuh raya menghala Lembah Klang sesak malam ini

6 Apr 2025, 2:41 PM
Aliran trafik lebuh raya menghala Lembah Klang sesak malam ini

KUALA LUMPUR, 6 APRIL: Aliran trafik dilaporkan sesak di beberapa lebuh raya utama menuju ke Lembah Klang, setakat 9 malam tadi.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) sesak di Plaza Tol Bentong hingga Lentang namun aliran trafik kembali lancar hingga ke Hentian Sebelah Gombak.

“Bagi Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) E1, berlaku kesesakan dengan trafik bergerak perlahan dari Sungai Petani menuju ke Sungai Petani Selatan, Sungai Dua ke Perai dan Tanjung Malim ke Rawang.

“Di Lebuhraya PLUS E2, berlaku kesesakan di beberapa lokasi antaranya Pedas Linggi ke Seremban dan Bandar Ainsdale ke Nilai Utara,” katanya.

Jurucakap itu turut memaklumkan aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan 2 di kedua-dua arah bergerak lancar.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.