ad
AGENDA

Kebakaran paip gas: Bantuan tunai diserah esok, penilaian rumah selesai

6 Apr 2025, 12:30 PM
Kebakaran paip gas: Bantuan tunai diserah esok, penilaian rumah selesai
Kebakaran paip gas: Bantuan tunai diserah esok, penilaian rumah selesai
Kebakaran paip gas: Bantuan tunai diserah esok, penilaian rumah selesai
Kebakaran paip gas: Bantuan tunai diserah esok, penilaian rumah selesai
Kebakaran paip gas: Bantuan tunai diserah esok, penilaian rumah selesai

SHAH ALAM, 6 APRIL: Lebih 500 keluarga yang terjejas akibat kebakaran paip gas di Putra Heights pada 1 April lalu akan menerima bantuan tunai mulai esok.

Setakat hari ini, bomba mengesahkan penilaian rumah terjejas tragedi kebakaran selesai. Selain itu, pihak polis juga memaklumkan seramai 118 saksi dirakam percakapan berhubung kejadian.

Punca sebenar kejadian masih disiasat.

Berikut antara rangkuman laporan pada hari ini:

1. Kerja sedut air di kawah kebakaran bermula 

Hari keenam tragedi kebakaran saluran gas hari ini menyaksikan operasi utama dimulakan dengan mengeluarkan air yang bertakung di kawasan kawah.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata ini bagi membolehkan kerja-kerja penilaian keselamatan disambung semula. https://selangorkini.my/2025/04/operasi-pagi-ini-tumpu-kerja-sedut-air-di-kawah-kebakaran/

2. Penilaian akhir kediaman terjejas selesai 

Kerja-kerja penilaian akhir fizikal bagi kediaman terjejas selesai, kata Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Datuk Nor Hisham Mohammad berkata laporan mengenai hasil penilaian itu dibawa ke pembentangan dalaman JBPM, petang ini. https://selangorkini.my/2025/04/bomba-penilaian-akhir-kediaman-terjejas-kebakaran-putra-heights-selesai/

3. MB ziarah mangsa kampung Kuala Sungai Baru 

Dato’ Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari meluangkan masa menziarahi mangsa kebakaran paip gas di Kampung Kuala Sungai Baru.

Beliau turut melawat mangsa di PPS Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) Camelia. https://selangorkini.my/2025/04/mb-ziarah-mangsa-kebakaran-di-kampung-kuala-sungai-baru/

4. Kerajaan Negeri tidak sisih mangsa di PPS Dewan Camelia 

Dalam lawatan ke PPS Dewan Camelia, Dato’ Menteri Besar menafikan mangsa kebakaran yang ditempatkan di PPS itu disisihkan.

Dato' Seri Amirudin Shari menegaskan bantuan dan sokongan Kerajaan Negeri adalah adil kepada semua mangsa. https://selangorkini.my/2025/04/bantuan-kebakaran-adil-mangsa-di-dewan-camelia-tidak-disisihkan-mb/

5. Bantuan tetap disalur meskipun mangsa tiada insurans rumah 

Kerajaan Negeri menzahirkan komitmen berterusan dalam memastikan kebajikan rakyat terus terbela.

Jelasnya bantuan kepada mangsa kebakaran akan tetap disalurkan meskipun mereka tidak mempunyai perlindungan insurans rumah, termasuk bantuan sumbangan kewangan, penyediaan rumah sewa serta baik pulih kediaman sekiranya diperlukan. https://selangorkini.my/2025/04/mb-selangor-tetap-salur-bantuan-walau-mangsa-tiada-insurans-rumah/

6. Bantuan tunai kepada mangsa diserah mulai esok 

Kerajaan Negeri akan menyalurkan bantuan tunai RM5,000 kepada pemilik rumah yang rosak dan RM2,500 kepada mangsa terkesan lain akibat kebakaran paip gas di Putra Heights, mulai esok.

EXCO Kebajikan Anfaal Saari memaklumkan seramai 509 keluarga telah mendaftar dengan JKM, termasuk mangsa yang tidak berada di pusat pemindahan. https://selangorkini.my/2025/04/509-mangsa-kebakaran-putra-heights-terima-bantuan-tunai-mulai-esok/

7. Kerja korek tidak ganggu paip gas

Kerja penggantian paip kumbahan di lokasi kebakaran Putra Heights tidak menunjukkan gangguan nyata terhadap paip gas, menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.

Kerja korekan sepanjang 30 meter itu dilakukan di jalan yang diluluskan dan dipantau pelbagai agensi termasuk Petronas, JKR, Jupem, DOSH, TNB, dan Air Selangor. https://selangorkini.my/2025/04/polis-kerja-korek-tidak-ganggu-paip-gas-ada-saksi-rakam-main-mercun/

8. Laporan awal kebakaran Putra Heights keluar 15 April

Ketua Polis Selangor memaklumkan laporan awal siasatan kebakaran saluran gas di Putra Heights akan dikeluarkan pada 15 April.

Siasatan masih berjalan dan tertumpu kepada punca kejadian, manakala kes belum diklasifikasi sebagai jenayah atau sebaliknya. https://selangorkini.my/2025/04/polis-laporan-awal-siasatan-kebakaran-saluran-gas-dikeluarkan-15-april/

9. Kerajaan Negeri sediakan 10 van bantu pelajar ke sekolah esok

Kerajaan Selangor menyediakan 10 van transit atas permintaan (DRT) bagi membantu pelajar dari dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Putra Heights ke sekolah.

EXCO Kebajikan Anfaal Saari berkata Inisiatif bagi memastikan tiada pelajar yang tercicir daripada mengikuti sesi persekolahan yang akan bermula semula esok.

Setakat ini, pihaknya mengenal pasti seramai 196 pelajar pelbagai peringkat usia yang bersekolah di 34 sekolah di Kawasan berkenaan. https://selangorkini.my/2025/04/kebakaran-putra-heights-selangor-sedia-van-hantar-pelajar-ke-sekolah/

10. Sebanyak 87 rumah rosak teruk dalam tragedi Putra Heights

Sebanyak 87 rumah mengalami kerosakan besar manakala 132 rumah rosak kecil akibat kebakaran paip gas di Putra Heights.

220 rumah disahkan selamat, hasil penilaian Jabatan Bomba dalam radius 325 meter dari pusat letupan. Keseluruhannya, 219 rumah terjejas daripada 439 yang dinilai. https://selangorkini.my/2025/04/kebakaran-paip-gas-penilaian-439-rumah-selesai-87-daripadanya-rosak-teruk/

11. Seramai 38 mangsa kebakaran Putra Heights masih dirawat

Seramai 38 daripada 146 mangsa kebakaran saluran gas di Putra Heights masih menerima rawatan di hospital dan klinik, menurut Kementerian Kesihatan (KKM). Tiada kes dirawat di ICU atau kematian dilaporkan.

Daripada jumlah itu, 18 mangsa dirawat di hospital kerajaan dan 20 di fasiliti swasta. KKM turut jalankan intervensi sokongan mental MHPSS di dua PPS dan Hospital Putrajaya, melibatkan 88 individu. https://selangorkini.my/2025/04/kkm-38-mangsa-kebakaran-putra-heights-masih-dirawat/

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.