ad
BERITA UTAMA

MB ziarah mangsa kebakaran di Kampung Kuala Sungai Baru

6 Apr 2025, 4:21 AM
MB ziarah mangsa kebakaran di Kampung Kuala Sungai Baru
MB ziarah mangsa kebakaran di Kampung Kuala Sungai Baru

SUBANG JAYA, 6 APRIL: Dato’ Menteri Besar meluangkan masa menziarahi salah seorang mangsa kebakaran paip saluran gas Putra Heights di Kampung Kuala Sungai Baru di sini, pagi tadi.

Dato’ Seri Amirudin Shari diiringi Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Salleh dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Mohd Kamri Kamaruddin mengambil masa kira-kira 30 minit menyantuni Mohd Radzi Mohd Rashid.

Amirudin seterusnya melawat mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Majlis Bandaray Subang Jaya.

Dalam lawatan tersebut, Mohd Radzi, 42, berkongsi keadaan dan detik cemas ketika kejadian kepada ketiga-tiga pemimpin tersebut.

[caption id="attachment_695161" align="alignnone" width="889"] Mohd Radzi Bin Mohd Rashid, salah seorang mangsa tragedi letupan paip gas Putra Heights ketika lawatan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada 6 April 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Beliau yang melecur di kepala, tangan serta kaki, kini menginap di rumah sewa berdekatan kediamaannya yang musnah sejak dibenarkan keluar Hospital Serdang sejurus selesai menerima rawatan.

Mohd Radzi turut menzahirkan rasa terharu atas keprihatinan Amirudin dan Akmal Salleh yang menyantuni keluarganya, menyifatkan ia sebagai suntikan semangat ketika menghadapi detik sukar saat ini.

“Saya rasa terharu dan berterima kasih atas keprihatinan Dato’ Menteri Besar dan ketua Pemuda Umno nak tengok kita rakyat yang tengah susah.

“Rasa terharu dan sedih dengan lawatan mereka, alhamdulillah, saya sekeluarga tidak terlalu berharap untuk mereka datang, betul-betul bersyukur,” kongsinya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.