ad
AGENDA

Tiga PPS dibuka di Selangor, dua menempatkan 491 mangsa insiden letupan paip gas

5 Apr 2025, 5:21 AM
Tiga PPS dibuka di Selangor, dua menempatkan 491 mangsa insiden letupan paip gas
Tiga PPS dibuka di Selangor, dua menempatkan 491 mangsa insiden letupan paip gas

SHAH ALAM, 5 APRIL: Seramai 498 mangsa kebakaran masih berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 510 mangsa yang direkodkan semalam.

Menurut Pusat Operasi Smart Selangor (SSOC), jumlah itu membabitkan 491 mangsa insiden letupan paip gas Putra Heights manakala 7 lagi mangsa kebakaran rumah di Gombak Setia.

“Sebanyak 382 mangsa daripada 99 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights, manakala 109 mangsa daripada 27 keluarga berlindung di PPS Dewan Camelia.

“Tujuh mangsa membabitkan sekeluarga pula ditempatkan di PPS Dewan Persatuan Kebajikan Gombak Setia di Gombak,” menurut laporan berkenaan, hari ini.

Dalam kejadian Selasa lalu, saluran gas Petronas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights terbakar yang menyaksikan api menjulang setinggi lebih 30 meter dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.

Insiden itu melibatkan 1,254 mangsa daripada 308 keluarga dengan 87 rumah rosak sepenuhnya dan tidak boleh didiami, manakala 148 rumah terjejas namun boleh didiami.

Kebakaran turut menyebabkan terbentuknya kawah berkedalaman 9.8 meter dengan keluasan kira-kira 21X24 meter di lokasi kejadian.

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.