ad
EXCO

Lebih 200 kereta sementara untuk mangsa kebakaran, Panasonic tawar baucar barang elektrik

5 Apr 2025, 3:58 AM
Lebih 200 kereta sementara untuk mangsa kebakaran, Panasonic tawar baucar barang elektrik
Lebih 200 kereta sementara untuk mangsa kebakaran, Panasonic tawar baucar barang elektrik
Lebih 200 kereta sementara untuk mangsa kebakaran, Panasonic tawar baucar barang elektrik
Lebih 200 kereta sementara untuk mangsa kebakaran, Panasonic tawar baucar barang elektrik
Lebih 200 kereta sementara untuk mangsa kebakaran, Panasonic tawar baucar barang elektrik

SUBANG JAYA, 5 APRIL: Lebih 200 kenderaan disediakan untuk kegunaan mangsa kebakaran saluran paip gas Putra Heights di sini, secara percuma untuk tempoh sebulan.

EXCO Mobiliti Ng Sze Han berkata sebanyak lima syarikat automatif tampil menawarkan pelbagai jenis model dan jenama buat keluarga mangsa yang kenderaan musnah atau rosak akibat kejadian itu.

“Chery menyediakan 50 unit manakala beberapa syarikat pemilik kenderaan yang lain seperti Eon (62), Carsome (50), Carro (30) dan Gocar (20). Tempoh pinjaman untuk sebulan.

“Semua permohonan dibuat oleh mangsa di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan masing-masing melalui pautan google form yang disediakan,” katanya ketika ditemui pemberita.

[caption id="attachment_694979" align="aligncenter" width="700"] EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Ng Sze Han bersama penerima ketika penyerahan bantuan 30 buah kereta sementara daripada Carro kepada mangsa kebakaran paip gas di Stesen LRT Putra Heights, Subang Jaya pada 5 April 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

 

Terdahulu, Sze Han menyerahkan kunci kereta sejumlah 30 unit kenderaan sumbangan Carro buat mangsa di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Putra Heights di sini, pagi tadi.

Dalam perkembangan lain, Sze Han memaklumkan Panasonic Malaysia Sdn Bhd menawarkan tajaan 240 e-baucar bernilai RM500 untuk pembelian peralatan elektrik pada mangsa.

“Pautan google form akan dihantar Pusat Khidmat DUN bermula hari ini kepada mangsa yang memerlukan bagi membuat permohonan.

“Panasonic akan menghantar e-baucar melalui email pada yang memohon,” jelas wakil rakyat Kinrara itu.

[caption id="attachment_694976" align="alignnone" width="700"] Sebanyak 30 buah kereta sementara daripada Carro yang dipinjamkan selama sebulan kepada mangsa ketika sesi serahan di Stesen LRT Putra Heights, Subang Jaya pada 5 April 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_694977" align="aligncenter" width="700"] Penerima memeriksa kereta yang diterima ketika penyerahan bantuan 30 buah kereta sementara daripada Carro kepada mangsa kabakaran paip gas di Stesen LRT Putra Heights, Subang Jaya pada 5 April 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_694978" align="aligncenter" width="700"] Sebanyak 30 buah kereta sementara daripada Carro yang dipinjamkan selama sebulan kepada mangsa ketika sesi serahan di Stesen LRT Putra Heights, Subang Jaya pada 5 April 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.