ad
AGENDA

Tabung Selangor Prihatin dibuka, ringan beban mangsa kebakaran paip gas

5 Apr 2025, 3:24 AM
Tabung Selangor Prihatin dibuka, ringan beban mangsa kebakaran paip gas
Tabung Selangor Prihatin dibuka, ringan beban mangsa kebakaran paip gas

SHAH ALAM, 5 APRIL: Kerajaan Negeri mengalu-alukan sumbangan pelbagai pihak sama ada swasta, korporat mahupun individu kepada mangsa kebakaran di Putra Heights menerusi Tabung Selangor Prihatin.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Facebook memaklumkan tabung berkenaan merupakan inisiatif tambahan selain usaha berterusan membantu meringankan beban mangsa.

Sumbangan boleh dibuat menerusi nombor akaun CIMB 8604747531 (Bendahari Negeri Selangor), dengan rujukan Putra Heights.

Dalam kejadian Selasa lalu, saluran gas Petronas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights terbakar yang menyaksikan api menjulang setinggi lebih 30 meter dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.

Insiden itu melibatkan 1,254 mangsa daripada 308 keluarga dengan 87 rumah rosak sepenuhnya dan tidak boleh didiami, manakala 148 rumah terjejas namun boleh didiami.

Kebakaran turut menyebabkan terbentuknya kawah berkedalaman 9.8 meter dengan keluasan kira-kira 21X24 meter di lokasi kejadian.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.