ad
AGENDA

China kenakan tarif tambahan 34 peratus ke atas semua import AS mulai 10 April

4 Apr 2025, 1:45 PM
China kenakan tarif tambahan 34 peratus ke atas semua import AS mulai 10 April

BEIJING, 4 APRIL: China akan mengenakan tarif tambahan 34 peratus ke atas semua produk yang diimport dari Amerika Syarikat (AS) bermula 10 April, Suruhanjaya Tarif Kastam Majlis Negara mengumumkan pada Jumaat, menurut laporan Xinhua.

Pengumuman itu susulan keputusan AS untuk mengenakan "tarif timbal balik" ke atas eksport China ke AS, satu langkah yang menurut suruhanjaya itu tidak mematuhi peraturan perdagangan antarabangsa, menjejaskan hak dan kepentingan sah China secara serius dan mewakili tindakan buli unilateral yang tipikal.

- BERNAMA-XINHUA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.