ad
AGENDA

Polis: Tiada penemuan mayat di lokasi kebakaran paip gas Putra Heights

4 Apr 2025, 11:10 AM
Polis: Tiada penemuan mayat di lokasi kebakaran paip gas Putra Heights
Polis: Tiada penemuan mayat di lokasi kebakaran paip gas Putra Heights
Polis: Tiada penemuan mayat di lokasi kebakaran paip gas Putra Heights
Polis: Tiada penemuan mayat di lokasi kebakaran paip gas Putra Heights

SUBANG JAYA, 4 APRIL: Polis Diraja Malaysia mengesahkan tiada penemuan mayat di lokasi kebakaran di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, setakat ini.

Ketua Polis Selangor berkata pihaknya menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) dan pasukan forensik, namun masih tiada sebarang penemuan sehingga hari ini.

[caption id="attachment_694875" align="aligncenter" width="814"] Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan ketika sidang media laporan awal kebakaran saluran paip gas di Putra Heights pada 4 April 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

“Ia termasuk menggali kawasan lubang letupan untuk mengesan sama ada terdapat mangsa tertimbus di lokasi kebakaran. Kita juga berusaha menstabilkan keadaan tanah untuk menjalankan siasatan lanjut

“Selepas air dikeluarkan dan tanah distabilkan, barulah pasukan teknikal dibenarkan masuk untuk pemeriksaan dan penggalian,” kata Datuk Hussein Omar Khan yang turut memberitahu pihaknya menggunakan bot marin di Sungai Klang.

Bercakap pada sidang media di lokasi kejadian petang tadi, Hussein berkata siasatan pada masa kini tertumpu kepada aspek teknikal dan jenayah.

“Siasatan teknikal diketuai Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) dengan sokongan agensi lain seperti Jabatan Kerja Raya, Petronas, Jabatan Mineral dan Geosains, Tenaga Nasional Berhad dan Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia

“Polis pula menjalankan siasatan dari aspek jenayah bagi mengenal pasti sebarang unsur khianat atau kecuaian,” jelasnya.

[caption id="attachment_694879" align="aligncenter" width="814"] Keadaan lokasi tragedi letupan paip gas di Putra Heights pada 4 April 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Kebakaran melibatkan saluran gas Petronas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights pada 8.10 pagi Selasa lepas, secara keseluruhannya melibatkan 1,254 orang daripada 308 keluarga.

Sebanyak 87 rumah mengalami kerosakan keseluruhan dan tidak boleh didiami, manakala 148 rumah terjejas dan mengalami kerosakan tetapi boleh didiami setelah melalui proses pembaikan.

[caption id="attachment_694882" align="aligncenter" width="812"] Penduduk dibawa masuk ke kediaman untuk mengambil barang masing -masing di lokasi tragedi letupan paip gas di Putra Heights dan melawat bilik gerakan di hadapan laluan masuk ke Putra Hamoni pada 4 April 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.