Oleh Ufairah Tarmidzi
SUBANG JAYA, 3 APRIL: Kegembiraan buat Nazrul Abidi Aziz, 41, sekeluarga menyambut Aidilfitri di kampung bertukar duka apabila kediaman mereka di Taman Putra Harmoni, Putra Heights di sini hangus terbakar pada 1 April lalu.
Nazrul memberitahu kejadian yang berpunca dari kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni itu berlaku lima minit selepas mereka bertolak menuju Bahau, Negeri Sembilan.
[caption id="attachment_694686" align="aligncenter" width="795"] Nazrul Abidi Aziz, 41, dan isterinya Natasha Busthami, 36,[/caption]
“Alhamdulillah, kami ketika itu sudah keluar dari rumah menuju ke kampung di Bahau, Negeri Sembilan untuk merayakan Aidilfitri, lima minit selepas kami keluar dari kawasan perumahan.
"Kegembiraan kami merayakan Aidilfitri bertukar duka selepas mengetahui rumah kami antara yang terjejas dalam kebakaran itu,” kata bapa kepada tiga anak kepada Media Selangor.
Sementara itu, isterinya, Natasha Busthami, 36, mengakui kejadian itu memberi kesan yang sangat besar buat mereka tatkala umat Islam sedang sibuk meraikan Aidilfitri.
“Ibu dan bapa mentua saya juga menetap di taman perumahan yang sama tetapi di lorong yang berbeza turut terdengar bunyi letupan dari jauh.
“Rumah kami rosak teruk menyukarkan kami untuk menerusan kehidupan tambahan pula anak-anak akan kembali ke sekolah minggu hadapan. Musibah yang berlaku ini benar-benar memberikan cabaran buat kami,” tambahnya.
[caption id="attachment_694687" align="aligncenter" width="815"] Raguvelu, 43,[/caption]
Raguvelu, 43, yang turut menghadapi nasib sama memaklumkan beliau sekeluarga panik dan hanya mampu lari sehelai sepinggang menyelamatkan diri ketika api menjulang tinggi.
“Saya terdengar bunyi seakan letupan dan lihat api sedang menjulang di luar rumah dengan keadaan sekeliling yang sangat panas.
“Saya sempat membantu jiran keluar dari rumah dan ada di antara mereka yang melecur di beberapa anggota badan akibat bahang dari kebakaran itu,” katanya.
[caption id="attachment_694595" align="aligncenter" width="809"] Pandangan dari Persiaran Harmoni kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Height, Subang Jaya pada 1 April 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIASELANGOR[/caption]
Sebelum ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor mengesahkan kebakaran melibatkan kebocoran saluran paip gas di Putra Heights, dengan anggaran panjang saluran terbakar 500 meter.
Dilaporkan api kebakaran paip gas berkenaan menjulang lebih 100 kaki (30 meter) ke udara menghasilan suhu api mencecah 1,000 darjah Celsius.
Susulan kejadian itu, 78 kediaman rosak sepenuhnya, termasuk 327 kenderaan di kawasan seluas 28 hektar meliputi dua lokaliti iaitu Taman Putra Harmoni dan Kampung Kuala Sungai Baru.
[caption id="attachment_694496" align="aligncenter" width="811"] Keadaan semasa di kawasan kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights ketika tinjauan setakat 12 tengah hari, pada 2 April 2025. Foto BERNAMA[/caption]