ad
AGENSI

Hanya seorang mangsa kebakaran paip gas masih dirawat di hospital Selangor

3 Apr 2025, 8:36 AM
Hanya seorang mangsa kebakaran paip gas masih dirawat di hospital Selangor

PUTRAJAYA, 3 APRIL: Hanya seorang mangsa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya pada Selasa lepas masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital negeri ini, kata Pengarah Kesihatan Selangor Dr Ummi Kalthom Shamsudin.

Beliau berkata pesakit berkenaan dirawat di ICU Hospital Ampang.

“Apa yang saya boleh sahkan ialah hanya seorang pesakit dirawat di ICU hospital di bawah Selangor, iaitu dirawat di Hospital Ampang setakat pagi ini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Dr Ummi Kalthom berkata tiga pesakit yang dirawat di Hospital Cyberjaya pula kini dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sementara itu, Pengarah Hospital Cyberjaya Dr Shahabuddin Ibrahim mengesahkan tiada lagi mangsa kejadian dirawat di hospital itu.

Semalam Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan setakat 3 petang, mangsa dirawat di fasiliti kementerian itu melibatkan 86 kes manakala 46 di fasiliti swasta.

Di Hospital Cyberjaya, setakat semalam jumlah kes ialah 26 dengan 23 pesakit telah dibenarkan keluar wad manakala seorang di ICU dan dua dirujuk ke HKL.

-BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.