ad
EXCO

ADN Kinrara: 300 set baju kurung, botol air diedar kepada mangsa kebakaran paip gas

3 Apr 2025, 3:34 AM
ADN Kinrara: 300 set baju kurung, botol air diedar kepada mangsa kebakaran paip gas
ADN Kinrara: 300 set baju kurung, botol air diedar kepada mangsa kebakaran paip gas
ADN Kinrara: 300 set baju kurung, botol air diedar kepada mangsa kebakaran paip gas
ADN Kinrara: 300 set baju kurung, botol air diedar kepada mangsa kebakaran paip gas
ADN Kinrara: 300 set baju kurung, botol air diedar kepada mangsa kebakaran paip gas

SUBANG JAYA, 3 APRIL: Sebanyak 300 set baju kurung dan botol air diedarkan kepada mangsa insiden kebakaran saluran paip gas yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights di sini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Kinrara Ng Sze Han berkata barangan sumbangan Fo Guang Shan Malaysia, itu diharap dapat membantu mangsa yang berteduh di pusat berkenaan.

“Hari ini saya bersama wakil Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) mengedarkan barangan sumbangan diharap ia dapat memberikan sedikit keceriaan kepada mereka yang menyambut Aidilfitri.

“Setakat ini, maklum balas yang saya terima daripada penghuni di sini barangan asas mencukupi. Namun saya sudah pesan sekiranya memerlukan apa-apa boleh maklumkan kepada petugas di sini dan mereka sedia bantu,” katanya yang juga EXCO Kerajaan Negeri selepas menyempurnakan penyampaian sumbangan di sini, hari ini.

[caption id="attachment_694616" align="aligncenter" width="680"] Ahli Dewan Negeri (ADN) Kinrara Ng Sze Han bercakap kepada media selepas menyantuni mangsa kejadian kebakaran saluran paip gas di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Masjid Putra Heights, Subang Jaya pada 3 April 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

Setakat jam 8 pagi tadi, seramai 311 mangsa daripada 84 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights di sini yang dibuka sejak 1 April lalu.

Media melaporkan sebanyak 20 agensi akan memulakan siasatan dan pemeriksaan tahap keselamatan di lokasi kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Height, Subang Jaya, setakat semalam.

Antaranya ialah Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Jabatan Kerja Raya, pihak berkuasa tempatan serta pejabat daerah di kawasan terlibat.

[caption id="attachment_694617" align="aligncenter" width="700"] Ahli Dewan Negeri (ADN) Kinrara Ng Sze Han menyantuni mangsa kejadian kebakaran saluran paip gas di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Masjid Putra Heights, Subang Jaya pada 3 April 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_694627" align="aligncenter" width="700"] Ahli Dewan Negeri (ADN) Kinrara Ng Sze Han menyantuni mangsa kejadian kebakaran saluran paip gas di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Masjid Putra Heights, Subang Jaya pada 3 April 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_694629" align="aligncenter" width="700"] Ahli Dewan Negeri Kinrara Ng Sze Han mendengar taklimat pengurusan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Masjid Putra Heights, Subang Jaya pada 3 April 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.