ad
AGENDA

Selangor, Petronas kerjasama bantu penduduk Putra Heights terjejas

1 Apr 2025, 12:39 PM
Selangor, Petronas kerjasama bantu penduduk Putra Heights terjejas
Selangor, Petronas kerjasama bantu penduduk Putra Heights terjejas

Oleh Danial Dzulkifly

SUBANG JAYA, 1 APRIL: Kerajaan Negeri bekerjasama dengan kerajaan persekutuan dan Petronas bagi mencari penyelesaian jangka panjang terhadap pemilik kediaman yang terjejas susulan kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, hari ini.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata pihaknya sedang berusaha memberikan bantuan segera kepada penduduk terjejas, menegaskan proses pemulihan akan mengambil masa.

"Mengenai baik pulih rumah-rumah yang rosak, kerajaan akan membincangkan langkah-langkah seterusnya, termasuk penyediaan perumahan sementara untuk penduduk terjejas.

"Buat masa ini, mereka ditempatkan di pusat pemindahan sementara. Sepanjang tahun depan, kita akan meneliti pilihan seperti menawarkan bantuan sewa atau menyokong mereka dalam membaiki rumah.

"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Petronas atas komitmen mereka untuk membantu penduduk yang terjejas," katanya ketika tinjauan ke kawasan terjejas petang tadi.

[caption id="attachment_694374" align="alignnone" width="857"] Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari ketika meninjau lokasi kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Height, Subang Jaya pada 1 April 2025. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]

Terdahulu, Amirudin bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang meninjau lokasi insiden kebakaran dan mendengar taklimat pihak berkuasa tempatan mengenai kejadian itu.

Anwar juga mengumumkan bantuan segera sebanyak RM5,000 kepada pemilik rumah yang terjejas selain bantuan sebanyak RM2,500 kepada lebih 100 pemilik rumah yang sebahagiannya rosak.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.