ad
AGENDA

190 rumah, 148 kereta rosak dalam kebakaran saluran paip gas

1 Apr 2025, 8:44 AM
190 rumah, 148 kereta rosak dalam kebakaran saluran paip gas
190 rumah, 148 kereta rosak dalam kebakaran saluran paip gas

KUALA LUMPUR, 1 APRIL: Sebanyak 190 unit rumah rosak dalam kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya setakat 3.40 petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Wan Razali Wan Ismail berkata tragedi berkenaan turut menyebabkan 148 kereta dan 11 motosikal rosak.

"Rumah dan kenderaan terbabit dikenal pasti mengalami pelbagai kerosakan akibat kebakaran dan haba panas," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kerja pembersihan dan pemeriksaan secara menyeluruh sedang dijalankan.

Sementara itu, Ketua Pengarah JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad berkata dalam kejadian pagi tadi, api kebakaran dianggarkan menjulang lebih 100 kaki (30 meter) ke udara manakala suhu api mencecah 1,000 darjah Celsius.

Beliau berkata setakat 1.55 tengah hari, kebakaran semakin reda dan radius kebakaran juga telah berkurangan.

- BERNAMA

[caption id="attachment_694342" align="aligncenter" width="766"] Keadaan kediaman dan harta penduduk yang terjejas akibat kebakaran saluran paip gas di Putra Height, Subang Jaya pada 1 April 2025. Foto Facebook Preakas Sampunathan[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.