SUBANG JAYA, 1 APRIL: Beberapa kediaman di Kampung Kuala Sungai Baru terjejas susulan insiden kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Height, Subang Jaya, pagi tadi dikenal pasti.
Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor dalam kenyataan memaklumkan mangsa yang diselamatkan juga telah di bawa ke pusat pemindahan sementara di Dewan Serbaguna, Masjid Putra Height.
“Terdapat beberapa mangsa yang melecur dan menunggu ambulans untuk mendapatkan rawatan dan pihak masjid sedang membantu mangsa,” katanya.
[caption id="attachment_694346" align="alignnone" width="1014"] Sebahagian orang awam yang ditempatkan di Kuil Sri Maha Kaliamman, Subang Jaya berikutan kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Height, Subang Jaya pada 1 April 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]
Bomba Selangor mengesahkan kebakaran melibatkan kebocoran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Height, Subang Jaya dengan anggaran panjang saluran terbakar 500 meter.
Seramai 78 anggota terlibat dalam operasi itu membabitkan sembilan balai bomba dan penyelamat antaranya Subang Jaya, Puchong, Shah Alam dan Rawang.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Nor Hisham Mohammad berkata Kebakaran saluran paip gas berkenaan semakin reda setakat 1.55 petang ini.
Timbalan ketua polis Selangor memaklumkan bahawa setakat ini, seramai 112 mangsa dan 49 rumah terjejas dalam insiden itu dan dihantar ke Hospital Cyberjaya, Serdang dan Putrajaya untuk menerima rawatan lanjut.
DCP Mohd Zaini Abu Hassan berkata 49 lagi mangsa menerima rawatan awal di Kuil Sri Maha Kaliamman, Subang Jaya.