ad
AGENDA

MB: Masjid Putra Heights tempatkan mangsa terlibat kebakaran saluran gas

1 Apr 2025, 3:02 AM
MB: Masjid Putra Heights tempatkan mangsa terlibat kebakaran saluran gas
MB: Masjid Putra Heights tempatkan mangsa terlibat kebakaran saluran gas
MB: Masjid Putra Heights tempatkan mangsa terlibat kebakaran saluran gas
MB: Masjid Putra Heights tempatkan mangsa terlibat kebakaran saluran gas

SHAH ALAM, 1 APRIL: Unit Pengurusan Bencana Daerah sudah mengaktifkan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Masjid Putra Heights susulan kebakaran saluran paip gas pagi ini, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata PPS itu menempatkan mangsa yang terlibat sementara waktu sehingga keadaan pulih dan terkawal.

Beliau berkata pihak bomba masih dalam proses memadamkan kebakaran dan pemindahan penduduk sedang dilakukan.

[caption id="attachment_694129" align="alignleft" width="500"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bercakap kepada media selepas Cerapan Rasmi Hilal Syawal di Baitulhilal Bukit Jugra, Kuala Langat pada 30 Mac 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

"Unit Pengurusan Bencana Daerah telah mengaktifkan PPS di Masjid Putra Heights bagi menempatkan mangsa yang terlibat sementara waktu sehingga keadaan pulih dan terkawal," katanya menerusi Facebook hari ini.

JBPM Selangor dalam kenyataan mengesahkan kebakaran melibatkan kebocoran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Height, Subang Jaya dengan anggaran panjang saluran terbakar 500 meter.

Api dilaporkan merebak ke beberapa rumah di sekitar kawasan kebakaran dan tujuh mangsa termasuk dua warga emas sudah dipindahkan manakala jumah mangsa belum dapat dipastikan.

Seramai 78 anggota terlibat dalam operasi itu membabitkan sembilan balai bomba dan penyelamat antaranya Subang Jaya, Puchong, Shah Alam dan Rawang.

[caption id="attachment_694299" align="aligncenter" width="1171"] Pandangan dari Persiaran Harmoni kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Height, Subang Jaya pada 1 April 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_694300" align="aligncenter" width="1119"] Pandangan dari Persiaran Harmoni kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Height, Subang Jaya pada 1 April 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.